in

“Siap mengugut lagi!” – [VIDEO] 2 Lelaki Buat ‘Drama’ Sampai Penerbangan ‘Delayed’

Penerbangan Delay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat banyak situasi yang membuatkan kita ibarat ‘terperangkap’ dan salah satunya ialah apabila situasi itu bukan berpunca daripada kita tetapi orang lain yang membuatkan rancangan kita tergendala.


Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok @_aizatrahman apabila penerbangan yang dinaikinya dari KLIA2 menuju ke Phuket terpaksa ditangguhkan kerana terdapat dua individu yang melakukan kekecohan dalam penerbangan tersebut.

@_aizatrahman

Selalu tengok kat TV je drama gini. First time jadi depan mata lol #fyp #xyzbca #airasia #ak822 #AK #klia2 #KUL #HKT #Phuket #KL #drama #gaduh #flight #flightcrew #karen #2023 #delay #passenger

♬ original sound – _aizatrahman – _aizatrahman

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 26 Disember lalu, ‘drama’ bermula apabila salah seorang daripada dua individu tersebut kehilangan headphone miliknya, kemudian kedua-dua mereka menjadi agresif sehingga menumbuk ruangan atas kabin.

Krew penerbangan kemudiannya melaporkan perkara itu kepada kapten lalu kapten mengarahkan agar kedua-dua mereka dihalau. Pujukan demi pujukan dilakukan namun ia mengambil masa sehingga 1.5 jam untuk diselesaikan.

“Diorang ni pemain MMA pegi Phuket nak main Muay Thai” 

Ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen yang mengatakan krew penerbangan tersebut kelihatan agak sopan dan terlalu lembut namun, pengguna TikTok itu menjelaskan kedua-dua mereka itu merupakan atlet Mixed Martial Arts (MMA) dan disebabkan itu mereka mengambil langkah berjaga-jaga.

@_aizatrahman

Part 2 drama dalam flight AK822. #fyp #xyzbca #airasia #ak822 #klia2 #klia2 #KUL #HKT #Phuket #KL #thailand #drama #gaduh #flight #flightcrew #karen #2023 #delay #passenger

♬ original sound – _aizatrahman – _aizatrahman

Dalam videonya yang kedua, kelihatan seorang krew berjaya memujuk individu berbaju merah itu untuk keluar tetapi apa yang menakutkan ialah individu berkenaan sempat menunjukkan isyarat tangan di leher (bunuh) kepada penumpang yang menyuruhnya keluar.

Fuh, betul-betul macam dalam filem. Mujur semuanya selamat. 

Baca: Ini Yang Anthony Loke Buat, Lepas Viral Video Pemuda Kecewa Flight Delay Sampai 7 Jam

Firdaus Jailan Anthony Loke Delay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.