in

[Video] Menyayat Hati! Warga Emas Umur 87 Tahun Yang Dilapor Hilang, Ditemui Tak Bermaya Dalam Lumpur

Aa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral di Facebook Kami Sayang Kluang mengenai penemuan mayat seorang wanita warga emas yang ditanam hidup-hidup di tapak projek pembinaan di Kluang.


Namun, hasil siasatan lanjut mendapati bahawa wanita tersebut masih hidup dan ditemui terbaring di dalam lumpur.

A4 2

A3 1

Menurut laporan Berita Harian, wanita tersebut telah dilaporkan hilang oleh anaknya Cheng Tiang Fock selepas mangsa keluar rumah kira-kira jam 4 petang pada 30 Ogos untuk mencari bekas minuman serta kotak terpakai.

Dia telah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mengenai kehilangan Low Chon Tai, 87 pada jam 10 malam selepas tidak pulang ke rumah sejak 8 malam pada hari yang sama.

Pihak polis telah menjalankan proses pencarian di sekitar taman perumahan mangsa dan di kawasan sekitar. Namun, usaha mereka tidak membuahkan hasil.

Selepas 48 jam, dua orang pekerja di tapak pembinaan terkejut melihat tubuh seorang wanita warga emas yang  terbaring dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di dalam lumpur.

Video penemuan itu juga telah dikogsikan di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail memberitahu mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati beg duit serta sejumlah wang tunai, kad pengenalan selain kunci rumah masih berada di dalam poket seluar mangsa dan disahkan tiada unsur jenayah berlaku”

A 1 1

 

Jangan sebarkan berita palsu – Mohd Abduh

Mohd Abduh juga menafikan berita yang ditularkan dalam laman sesawang Facebook Kami Sayang Kluang dan menggesa orang ramai supaya tidak menularkan berita yang tidak benar. Susulan daripada itu, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.

A1

 

Baca: [Video] Menyayat Hati! Kanak-kanak Menjerit Panggil Mak Ayah Sebab Dipaksa Kahwin

A5 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.