[Video] “Liar betul dorang ni” – Nismell Buat Hal Lagi, Selamba Live Sambil Member Belakang Sedut ‘Serbuk Putih’?

Korang ingat lagi tak Nismell? “Gadis seksi” yang pernah dikaitkan dengan Aliff Aziz sebelum dia bercerai dengan Bella dulu?

Macam yang korang tahu, lepas video dia bersama Aliff Aziz ni tular, followers di Instagram remaja ini makin bertambah dan dia juga sering buat live untuk “peminat-peminatnya”.

Tapi baru-baru ni, Nismell buat live dia tengah lepak dalam bilik bersama kawan-kawan perempuannya sambil bersembang dengan followers. 

Dalam video ni basically dia jawab je lah soalan-soalan netizen dan bergurau dengan kawan dia.

Tapi, apa yang tak sedapnya, salah seorang kawan dia dekat belakang kelihatan macam tengah sibuk buat line “serbuk putih” menurut netizen mungkin jenis kokain. Patutlah muka Nismell “sembab” semacam je.

Mungkin Nismell tak perasan, kawan dia tengah sibuk buat “kerja”, korang boleh tengok dekat video  bawah ni, ada at one point kawan dia tunduk macam sedang menyedut dan bangun pegang hidung.

Kalau betul kawan dia ni tengah ambil dadah, memang beranilah Nismell ni buat live tak tengok kiri kanan. Tapi, sejauh mana kebenarannya kita tak tahu lah kan. Admin selalu tengok dalam movie je…

“Hello jais tengok ni dia bawak selimut nak gi mana”

Bukan tu je, ada satu lagi video yang diupload oleh pengguna Twitter menunjukkan rakan yang tengah buat kerja tadi sedang bercakap dengan seorang lelaki yang hanya memakai boxer sebelum dorang bawa selimut masuk bilik.

“Masing2 muka tgh high mcm g*mpang”

Video live Nismell yang diupload di Twitter beberapa jam lepas ni telah pun mendapat hampir 500 retweets. Ini pendapat netizen mengenai video tersebut.

Kalau betul dorang ni tengah buat benda tak senonoh, kalau ya pun janganlah berani sangat tunjuk. Bak kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

 

Baca: “Stop making dumb people famous!” – Followers IG Minah Rempit Nismell Naik Mencanak Setiap Saat Gara-gara Berskandal Dengan Aliff Aziz

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson