in

Video Lelaki Melambai-lambai Sambil Live Di Media Sosial Sebelum Terjun Jambatan Dari Pulau Pinang 2 Nak Bunuh Diri

Bunuhdiri3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video Lelaki Melambai-lambai Sambil Live Di Media Sosial Sebelum Terjun Jambatan Dari Pulau Pinang 2 Nak Bunuh Diri
Loading
/

Tak habis isu kenderaan SUV terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang,muncul lagi satu isu gempar apabila ada seorang lelaki cuba bunuh diri di jambatan kedua Pulau Pinang..


Lambai sebelum terjun

Menurut sumber, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.

“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan  pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.

“Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.

“Kami tiba lebih kurang 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa  sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.

 

Diselamatkan oleh nelayan

Lapor Astro Awani, lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan  itu

Difahamkan lelaki yang berpakaian sut lengkap itu berusia 33 tahun, dia terjun ke dalam laut di kilometer 12.2. Kejadian berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.

Mangsa telah dibawa ke jeti pangkalan Polis Marin di Batu Uban untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang.

 

Baca : [PENDEDAHAN] Jambatan Pulau Pinang ‘Minta’ Nyawa , Rupanya Sudah 5 Nahas Berlaku di Lokasi Sama Sejak 2010.

Featured 30 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.