in

[VIDEO] Lelaki Cuba Lari Dari ‘Roadblock’ Sampai Polis Terpaksa Lepaskan 5 Das Tembakan

Collage

Sabtu lepas, berlaku kekecohan semasa pihak polis yang membuat sekatan jalan raya (SJR) Ops Samseng Jalanan Khas di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di Gambang.

Insiden tersebut berjaya dirakamkan oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan pihak polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke udara selepas seorang pemandu kereta Nissan X-Trail cuba melarikan diri dari sekatan tersebut.

@gerobokrara_1

Terkejut dengar tembakan tadi.. kejadian kt lpt 2 … good job #pdrm #pdrmmalaysia #pdrmterbaik?? #fyp

♬ bunyi asal – Adam Haikal ???? – Adam Haikal ????

Rupanya bawa 12 PATI

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan lelaki tersebut yang cuba memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba telah menyebabkan polis melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar hadapan kenderaan tersebut.

Suspek sebelum itu dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR berkaitan Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 200 lebuh raya itu dan menggunakan lorong kecemasan untuk melarikan diri sebelum cuba memasuki semula lorong laju sehingga hampir melanggar anggota polis yang bertugas.

“Polis melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran namun pemandu enggan berhenti menyebabkan kenderaan peronda lebuh raya (EMPV) terpaksa mengejarnya. Selepas kenderaan berhenti, suspek juga melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebelum berjaya ditangkap.”

Pemeriksaan lanjut mendapati rupanya lelaki tersebut telah membawa seramai 12 lelaki warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri dan anak saudaranya berusia 17 tahun.

0104Ntimmigrant01 1648824969 802X600 1

Bagaimanapun tiada kecederaan yang berlaku ekoran insiden ini walaupun suspek telah melanggar sebuah kenderaan semasa cuba melarikan diri.

 

Baca: “Lebih 3 das polis tembak” – [Video] Proton Waja Rempuh Lori Masa Traffic Light Merah Dikatakan Nak Lari Daripada Roadblock

Rempuh5