in

“Lebih 3 das polis tembak” – [Video] Proton Waja Rempuh Lori Masa Traffic Light Merah Dikatakan Nak Lari Daripada Roadblock

Rempuh5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini, sedang viral di media sosial menunjukkan satu video yang mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah kereta jenis Proton Waja bertindak untuk cuba larikan diri daripada polis.


Dalam video berdurasi 1 minit 45 saat itu, dilihat tempat kejadian pada waktu itu berada di lampu isyarat yang sedang merah.

Kereta Waja terbabit merempuh lori di hadapannya dan cuba nak ‘selit’ di celah-celah ruang antara lori tersebut dan kereta Myvi di sebelahnya.

Rempuhan itu dibuat beberapa kali dan difahamkan bahawa 3 kereta lain juga di rempuh selain lori tersebut.

Ia sehinggakan pihak polis melepaskan lebih 3 das tembakan di tayar kereta itu namun pelaku masih bertindak merempuh kenderaan dihadapannya sebelum berjaya larikan diri.

Bagaimanapun, suspek meninggalkan kereta tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum melarikan diri.

Menerusi Berita Harian, kejadian ini dipercayai berlaku antara jam 12.50 tengah hari hingga jam 1 tengah hari tadi di atas flyover dari Tol Sg Buloh/Sieramas menghala Sri Damansara/Kepong.

Tambah sumber, info awal mendapati bahawa kereta itu enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh anggota PDRM.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun anggota polis yang mengejar suspek dari IPD Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.

 

Baca : “Baru nak tutup pintu” – [Video] Lelaki Nyaris Ajal Dirempuh MPV Hilang Kawalan

Rempuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.