in

[VIDEO] Lelaki Berkerusi Roda Dikompaun Kerana Parking Di Tempat OKU, MPKL Beri Penjelasan

Disaman Sebab Parkir Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara umumnya, orang ramai maklum yang kita tidak boleh sesuka hati untuk parkir di kotak khas yang disediakan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Walau bagaimanapun, seorang lelaki berkerusi roda baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya apabila telah disaman gara-gara parkir di tempat OKU.


“Baru tahu parkir kereta dekat kotak OKU salah” 

Menerusi perkongsian video TikTok lelaki bernama Roslan Jajuli ini, dia telah meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa telah disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana memarkir kereta di kotak OKU dekat Pantai Morib, Kuala Langat.

@roslanjajuli

Saman #saman #samanparking #morib #majlisperbandaran

♬ original sound – roslanjajuli – roslanjajuli

Menurutnya, dia telah menampal sticker OKU di hadapan cermin depan kereta, namun tidak sangka dia masih dikenakan saman juga.

“Aku baru tahu parking di tempat OKU salah. Nak saman pun tengok-tengoklah, main saman saja. Sticker sebesar-besar macam tu pun boleh tak nampak. Aduh… 

“Aku bayar sajalah RM20 saja kan, kalau mahal-mahal aku tak mahu. Lain kali kau janganlah saman kereta aku. Tak kan sticker besar-besar tak nampak, tak pernah-pernah kena saman,” katanya.

Namun menerusi satu lagi video yang dimuat naik Roslan, dia mendakwa rupa-rupanya jumlah saman itu bukanlah RM20 tetapi RM300!

Tetapi kes itu katanya sudah pun selesai dan saman terhadapnya telah dibatalkan oleh pihak berkuasa.

@roslanjajuli

Batal saman #majlisperbandaran #samanparking #oku #majlisperbandarankualalangat #selangor

♬ original sound – roslanjajuli – roslanjajuli

Guna pelekat OKU tak ikut spesifikasi ditetapkan – MPKL

Susulan isu yang tular di media sosial, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjelaskan bahawa penguatkuasaan tersebut diambil selepas mendapati pelekat kenderaan OKU yang digunakan Roslan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Individu yang videonya tular di media sosial didapati telah menampal pelekat OKU berbeza daripada versi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan Selangor.

“MPKL menerima aduan di lokasi menyatakan pelekat kenderaan OKU yang digunakan adalah meragukan. 

“Hal ini kerana terdapat individu bukan OKU dengan sewenangnya membeli pelekat kenderaan OKU di kedai hanya untuk menggunakan kemudahan parkir khas tersebut,” kata MPKL, lapor Sinar Harian.

Saman

Tambah pihak tersebut lagi, notis kompaun itu sebenarnya boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan sekiranya individu tersebut boleh membuktikan dirinya OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kerajaan Selangor juga pada masa yang sama telah menyeragamkan penggunaan pelekat OKU yang sah digunakan di semua PBT negeri tersebut.

Orang awam boleh rujuk di kawasan PBT masing-masing untuk tujuan permohonan pelekat kenderaan berkenaan.

Alhamdulillah mujurlah saman boleh ditarik balik. Harap golongan OKU lain cakna dengan penggunaan sticker ini. 

Baca: Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan Untuk Mengundi Gara-Gara Tiket Bas Habis

Jalan Kaki

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.