in

[VIDEO] “Kurang ajar letak dalam beg!”

Page 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] "Kurang ajar letak dalam beg!"
Loading
/

Siapalah yang tergamak buat macam ni…


Rasanya orang sekarang ni masih lagi takde kesedaran. Senang-senang je buang anak macam buang sampah. Itukan amanah Allah!

Menurut Astro Awani, seorang bayi perempuan yang cukup sifat telah ditemui di laluan pejalan kaki di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bahawa bayi tersebut masih lagi mempunyai tali pusat ketika dijumpai di dalam beg oleh tiga pekerja kontraktor pembersihan.

B2 3
sumber: facebook

Sampai hati letak dalam beg…

“Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik.”

Bayi malang tu telah pun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut dan kini ditempatkan di Wad Kanak-kanak HKL sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

B1 2
sumber: facebook

Selain itu, Shaharuddin berkata bayi perempuan tu dalam keadaan baik dan cukup usia kandungan. Daripada siasatan, bayi yang mempunyai berat 2.45 kilogram tu dianggarkan telah lahir dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

Meaning, baby tu baru je lahir, mak dia dah buang kat jejantas tu. Kesiannya!

Kes ni disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Sementara itu, kalau korang ada maklumat pasal kes ni, boleh hubungi pegawai penyiasat Insp Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138.

Orang ramai yang dapat tau kisah ni pun bengang dengan maknya yang tergamak buang anak sendiri.

Tf
sumber: facebook

Alahai, patutnya baby baru lahir kena ada di samping maknya. Sampai hati buat macam ni kat anak sendiri. Dah lah comel!

Baca: “Tolong jangan buang anak tak berdosa”

Page Baby 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.