in

“Tolong jangan buang anak tak berdosa”

Page Baby 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini dah kecoh bila seorang ibu muda sanggup mencampak anak lelakinya yang baru lahir dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang.


Walaupun bayi tersebut selamat dan ibunya dah ditahan, namun, perkara seperti ini dikhuatiri akan berulang lagi terutamanya dengan masalah sosial yang dah semakin berleluasa.

B7
sumber: harian metro

Seorang individu telah memuat naik tweet memberikan senarai baby hatch yang ada di Malaysia dengan harapan gadis-gadis yang dah terlanjur dan mempunyai bayi tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti ibu muda berkenaan.

Baby1
sumber: twitter

Baby hatch telah disediakan pihak kerajaan sebagai inisiatif buat ibu yang terdesak dan mempunyai bayi tidak diingini supaya boleh diletakkan di tempat yang selamat.

Baby2
sumber: twitter

Individu tersebut turut mengingatkan sekiranya ibu-ibu tak mahu dengan anak yang dilahirkan, dorang boleh je letak di mana-mana cawangan baby hatch supaya mereka yang dah lama kahwin tetapi belum dikurniakan anak boleh mengambil bayi yang ada di situ sebagai anak angkat.

B3
sumber: twitter

Bukan tu je, para ibu yang mempunyai masalah kewangan juga dialu-alukan untuk meletakkan anak mereka di situ memandangkan bayi-bayi tersebut dijamin mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

B4
sumber: twitter

Selain itu, individu ini turut menegaskan baby hatch bukanlah ditubuhkan bagi menggalakkan zina sebaliknya nak lindungi bayi-bayi yang dilahirkan hasil daripada hubungan terlarang serta bayi yang tak dapat disara oleh ibu mereka.

Baby hatch ni ditubuhkan untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tak berdosa SERTA membantu pasangan suami isteri yang dah lama kahwin tak dikurniakan anak untuk mengambil anak angkat.”

Mungkin ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza. Even masa baby hatch baru dicadangkan pun banyak dapat tentangan ramai. Tapi yelah, lebih baik cara ini daripada baby dicampak macam sampah.

Apa pendapat korang? Kesian kan kat baby tu…

Baca: “Aku doa kau mati ke tali gantung”

B5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.