in

[VIDEO] Kesiannya! Si Anak Cuba ‘Kejutkan’ Mak Ayah Yang Tengah High Hisap Heroin

Heroin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Kesiannya! Si Anak Cuba 'Kejutkan' Mak Ayah Yang Tengah High Hisap Heroin
Loading
/

Bayangkan perasaan seorang anak yang masih kecil terpaksa melihat sendiri ibu ayah merosakkan diri sendiri.


Itulah yang berlaku dalam sebuah rakaman video yang viral dikongsikan di Internet.

Kanak-kanak cuba kejutkan mak ayah ‘lalok’

Dalam rakaman video itu, seorang budak lelaki sedang berusaha untuk mengejutkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam keadaan separuh sedar, di dalam sebuah bas.

Kanak-kanak dalam lingkungan 4-5 tahun itu sedaya upaya bercakap dengan mereka sambil makan sebungkus keropok dan sebotol minuman.

Heroin Boy 3
sumber: twitter

Kanak-kanak berkenaan asyik berkata “Itu hentian kita, kita terlepas hentian kita!”

Video yang dirakamkan dalam sebuah bas itu dipercayai berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat.

Tunduk perlahan bagai robot

Seorang lelaki dipercayai ayahnya dilihat berdiri di hadapan kanak-kanak terbabit dan menunduk perlahan bagai robot.

Dia seperti nak mengangkat dua telefon bimbit yang berada di atas lantai sebelum bangkit semula dan turun perlahan-lahan sekali lagi.

Heroin Boy 2
sumber: twitter
Heroin Boy 1
sumber: twitter

Malah terdengar juga suara seorang penumpang yang meminta lelaki itu duduk, dalam video itu.

Seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak terbabit pula kelihatan khayal dan asyik tergaru-garu mukanya.

Aksi menggaru dipercayai akibat OD

Menurut laporan Daily Mail, aksi menggaru itu dipercayai akibat penagihan dadah terutamanya heroin dan tanda-tanda itu adalah aksi penggunaan berlebihan atau overdosed (OD).

Heroin mengandungi kandungan antihistamin, iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat alahan atau alergi.

Kalau histamin berlebihan, ia akan cetuskan keradangan dan boleh menjejaskan saraf di dalam kulit sehingga menyebabkan kulit berasa gatal.

Tak sanggup biarkan anak sendiri melihat mak ayah lalok macam ni. Sampainya hati korang!

Baca: “Anak hang dah selamat, semua dah selamat mandi darah..”- Wanita Trauma Mat ‘Drug’ Kelar Dua Anak Kecilnya Sebelum Jerit Penuh Bangga

Featured 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.