in

[Video] Kereta Langgar Lampu Isyarat, Rider Jadi Mangsa

Rider4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Daripada kelas pengambilan lesen masyarakat sudah diajar berkenaan fungsi-fungsi lampu isyarat. Bahkan, kesedaran berkenaan pematuhan peraturan jalan raya juga sering dipupuk dari bangku sekolah lagi.

Kesan-kesan buruk pelanggaran peraturan jalan raya jelas dilihat di media tempatan dan media sosial terutama yang membabitkan kemalangan.


Namun masih ada lagi segelintir pemandu masih berdegil melanggarnya. Akibatnya bukan sahaja kepada diri sendiri malah membabitkan pengguna jalan raya yang lain seperti kemalangan yang berlaku pada lewat petang semalam.

Kemalangan yang berlaku di Persiaran Saujana Impian, berdekatan dengan Tesco Kajang telah dirakam oleh pengguna jalan lain, jelas kelihatan situasi tersebut.

Boleh tonton video di bawah.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1738911212953248

 

Dalam video tersebut, pemilik dashcam berkenaan bersama dengan pengguna jalan raya yang lain berhenti di persimpangan lampu isyarat sedang menunggu lampu bertukar hijau untuk jalan.

Semasa lampu bertukar hijau, mereka mula bergerak namun tiba-tiba sebuah kereta daripada arah bertentangan meneruskan perjalanan melintasi laluan mereka.

Pengguna lain sempat berhenti tapi malang buat seorang rider, dia tak sempat berhenti mahupun mengelak. Akibatnya, motornya merempuh kenderaan empat roda yang melintas tadi.

Pengguna motosikal lain dilihat berhenti untuk membantu mangsa.

 

Isteri mangsa sedang mengandung

Menerusi ruang komen di facebook, seorang pengguna yang dipercayai berada di tempat kejadian memaklumkan mangsa sudah berkahwin dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata.

Rider6

.

Mangsa selamat namun motornya rosak

Difahamkan, mangsa masih hidup dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Apa yang pasti motosikalnya rosak kerana kemalangan ini sekali gus menjejaskan punca pendapatan rider tersebut.

Kejadian seperti ini dapat dielakkan sekiranya pengguna jalan raya patuhi peraturan yang ditetapkan, mengurangkan kelajuan di lampu kuning dan berhenti sebaik lampu bertukar merah.

Lebih baik lambat sedikit sampai ke destinasi daripada menjadi punca kemalangan sehingga mendatangkan kecederaan dan kematian yang akhirnya menghantui diri. Selamat beramal.

 

Baca : “Cuba elak tapi tetap terlanggar” – Remaja 19 Tahun Maut Akibat Kemalangan Bertembung Kereta Peronda Polis

Rider

Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.