Hebatlah aunty ni! Berani pulak dorang ni buat kerja camtu dekat depan sekolah…
Masalah ragut ni macam tak ada kesudahan. Dari dulu sampai sekarang masih ada yang berani buat kerja macam ni. Semalam seorang suri rumah hampir jadi mangsa bila dua lelaki bermotosikal cuba meragut rantai emas yang dipakainya.
Menurut The Sun Daily, kejadian yang berlaku di Klang ni berjaya dirakam CCTV yang terletak di luar kawasan Sekolah Kebangsaan Simpang Lima di Taman Chi Lung. Mangsa yang berusia 39 tahun sedang berjalan ke arah sekolah untuk menjemput anak-anaknya.
Kelihatan seorang penunggang dan pembonceng motosikal mengekori mangsa serta bergerak ke arahnya dan berpura-pura bertanyakan arah. Pembonceng tu dengan pantas kemudian merentap dan cuba meragut rantai emas yang dipakainya. Hoi!
Mangsa bagaimanapun tidak mengalah dan dengan beraninya memegang rantai yang dipakai. Apabila cubaan tidak berjaya, kedua-dua peragut berlalu pergi sebelum mangsa terjatuh ke bawah. Kejadian itu disaksikan oleh orang awam lain yang cuba menghentikan peragut tersebut dan berkumpul untuk membantu mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramlee memberitahu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian. Beliau turut mengatakan bahawa pihaknya kini sedang memburu peragut tersebut. Tunggu lah kena tangkap japgi…
https://www.youtube.com/watch?time_continue=37&v=Ak1O16dkdBM
Nasib baiklah tak ada apa-apa yang serius. Harap cepat-cepat peragut tu kena tangkap!
Baca: “Tudung pun kena ragut?”