Kadang-kadang, walaupun dah banyak kita berkorban untuk seseorang, ia masih tak cukup untuk buatkan orang yang kita sayang dan percaya untuk tak mengkhianati kita.
Contohnya baru-baru ini, seorang lelaki @apidapidd telah pun memuat naik video di TikTok menunjukkan teman wanitanya keluar dengan lelaki lain.
“Sebab aku kerja foodpanda kau cari orang lain”
Dalam video yang dikongsikannya ini, Apid dilihat telah menyergah teman wanitanya yang duduk di dalam kereta bersama lelaki lain.
Jelasnya dalam video tersebut, kekasihnya ini dikatakan curang kerana enggan hidup susah kerana lelaki ini hanya bekerja sebagai penghantar makanan.
Ada dengan jantan! Sebab tu tak angkat call aku… Pastu kau hina pekerjaan aku depan dia. Hebat kau ni!”
Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah bekerja di travel agency dan sepanjang lima tahun bersama, Apid mengatakan yang dia dah menjaga dan memberikan semua yang teman wanitanya mahukan tapi…
5 tahun aku jaga kau! Sebab pkp aku jatuh tapi aku tak mengalah nak halalkan kau. Sekarang kau bagi alasan bodoh tak nak hidup susah?”
https://www.tiktok.com/@apidapidd/video/7014778064869559578?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Menggelabahnye lahai kau ni jantan”
Pun begitu, menerusi ruangan komen teman wanita lelaki ini tak mendiamkan diri, dia telah meninggalkan komen mempersoalkan tindakan lelaki ini memuat naik video di media sosial.
Tak cukup dengan itu, wanita ini turut mempertahankan dirinya melalui Instagram peribadinya menyalahkan lelaki tersebut kerana memalukannya.
https://twitter.com/smallfarid/status/1444676149829795842
Manakala di ruangan komen, rata-rata netizen telah menyokong dan memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut serta menasihatkan Apid untuk tak letak harapan kepada seseorang sebelum betul-betul halal.
Haih, lepasni orang yang nak curang tu kena ingatlah, zaman sekarang ni zaman viral, jangan sampai makan diri…
Baca: [VIDEO] Kantoi Curang Dengan Isteri Dekat Pusat Vaksin, Suami & Skandal Dibaling Kerusi