[Video] “Kalah mulut orang perempuan” – Inilah Jadinya Bila Orang Lelaki Emosi Tengok Drama Nur 2, Pecah Perut Tengok Dorang Weh!

[Video] “Kalah mulut orang perempuan” – Inilah Jadinya Bila Orang Lelaki Emosi Tengok Drama Nur 2, Pecah Perut Tengok Dorang Weh!

 
 
00:00 /
 
1X

Diam tak diam dah episod akhir drama bersiri Nur 2 malam ini. Macam kejap je kan admin rasa. Tapi nampaknya kemelut rumah tangga Ustaz Adam dan Nur sudah pun sampai ke penghujung.

Kalau korang ingat orang perempuan je excited sampaikan ada yang stress dan tension bila tengok drama Nur 2 ni, korang ternyata silap! Sebab orang lelaki pun layan jugak drama ni dan lebih EMOSI daripada golongan wanita. Whaaat? 

Tak percaya? Haa tengok video kat bawah. 

 

“Ya Allah ustaz! Saya bagi amaran terakhir… jangan pegang dia ustazzzz!”

Kecoh! Korang boleh tengok sendiri gelagat geng lelaki masa tengok drama Nur. Siap bagi amaran terakhir lagi sebab takut Ustaz Adam kantoi dengan Nur masa tengah usap-usap muka Juita. Cissss ustaz, ustaz! 

Sumber: Facebook

 

“Ni lah jadiknya kalau dibiarkan orang jantan tengok drama abam dengan member-member dorang” 

Video yang viral di Facebook ini sekaligus dapat perhatian pengarah drama Nur 2, Shahrulezad Mohameddin yang juga geli hati tengok perangai geng lelaki tersebut. Kecoh naw haa kalah orang perempuan.

Sumber: Facebook

Tak cukup dengan tu, netizen lain pun kongsi pengalaman sama. Ada yang anaknya baru je umur 12 tahun, tapi emosi betul bila tengok scene Ustaz Adam dengan Juita. Tak pasal-pasal TV nak kena tendang. Aiyoo! 

Sumber: Facebook

Apa-apapun sebelum korang layan episod akhir Nur 2 malam ini, layan dulu trailer akhir ni. Berdebor min nak tahu apa yang berlaku pada Hamadi. Last-last dia kena panah petir ke macam mana?

Huhuhu.. Last breakfast for today. Abam harap lepas ni pepandai korang lah carik sarapan kat tempat lain ek.Abam janji tak akan buat korang stress lagi malam malam korang ?

Posted by Shahrulezad Mohameddin on Wednesday, April 24, 2019

 

Baca: “Banyak shot tak lepas LPF” – Dua Episod Sebelum Berakhir, Pengarah Nur 2 Dedah Scene Ecah Kena Balun Dengan Madi Sebenarnya Dipotong?

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!