“Banyak shot tak lepas LPF” – Dua Episod Sebelum Berakhir, Pengarah Nur 2 Dedah Scene Ecah Kena Balun Dengan Madi Sebenarnya Dipotong?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi peminat drama Nur 2, korang mesti tak sabar-sabar nak tahu kesudahan kisah ini kerana tinggal lagi dua episod je sebelum drama ini berakhir. Semestinya kita nak tahu apa yang jadi dengan watak macam Nur, Ustaz Adam, Hamadi, Ecah Sup Bunjut, Ayah Haji dan lain-lain kan.

Pun begitu, awal pagi ni, pengarah drama Nur 2, Shahrulezad Mohameddin ada buat penjelasan sikit di posting terbaru Facebooknya. Kata Shahrulezad, rupanya ada scene dalam drama ni yang telah dipotong oleh LPF. Ops kenapa sampai kena potong!

 

Shot Hamadi belasah Ecah semalam rupanya kena potong? 

Admin tak pastilah sama ada korang perasan ataupun tak, tapi semalam semasa scene Hamadi belasah Ecah dimainkan, scene tu dilihat seperti tak habis ditayang dan terus digantikan dengan scene lain.

“Sebenarnya banyak shot atau scene dalam dalam Nur2 tak lepas utk tayangan di TV3 due to LPF issue. Antaranya ialah shot Hamadi belasah Ecah malam semalam sehingga berlebam satu badan.

“Issue domestic violence sangat sensitive utk di paparkan. Mungkin menimbulkan rasa tak selesa dikalangan penonton tapi abam ni memang jenis degil agaknya so abam letak jugak dan bagai di duga mmg shot tu di delete,” kata Shahrulezad.

Nah ini scene yang kena potong tu. Ganas betul Hamadi ni. Sedap-sedap je dia pukul Ecah eh!

 

“Scene Ibu Hajah datang ke rumah Ecah juga akan alami nasib yang sama”

Nampaknya bukan satu scene tu je yang mungkin akan dipotong. Menurut Shahrulezad, scene Ibu Hajah datang melawat Ecah di rumah pun ‘mungkin’ akan dipotong juga kerana ada unsur ‘violence’ di dalamnya.

Siapa yang tengok teaser terbaru Nur 2 ni perasan tak Ibu Hajah kena heret dengan Hamadi keluar rumah. Dah makin agresif si Madi ni ye! 

“So abam jangkakan shot malam ni dalam scene Ibu Hajah datang ke rumah Ecah juga akan mengalami nasib yg sama. Mungkin ada atau mungkin tidak. Sekiranya tak der hehehe nasib kau la abam saper suruh buat cerita cam cilaka sangat jahatnya Madi tu.

“Hehehe anyway you guys can check it out that particular scenes on tonton.com.my atau iflix. Kat situ LPF tak kacau uols.

“Abam mohon maaf sekiranya visual abam menimbulkan rasa tak selesa di kalangan penonton. Abam janji lepas ni abam akan buat cerita arnab dan kura kura yg lebih harmoni penceritaannya ya. Hehehee”

 

“Tuan, teruskan buat gambaq lagu ni. Story tuan relevant dengan apa yang berlaku” 

Apa-apapun respon terhadap drama ni bagi admin tetap hangat sebab netizen sanggup pergi tengok kat iflix dan Tonton semata-mata nak tengok scene yang full. Malah ada juga yang request supaya pengarah teruskan buat kisah seperti Nur ni.

Sumber: Facebook

So dah bersedia tengok drama Nur 2 malam ni? Banyak lagi lah yang menyumpah-nyumpah kat media sosial ye bila tengok si Madi tu buat perangai kat Ibu Hajah. 

Baca: Banyak Terima Kecaman, Lelaki Ini Kongsikan Pengalamannya Bersemuka Dengan Wanita Senaif Watak Nur & Aisyah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!