Nama pelakon Azar Azmi dilihat seringkali menjadi sebutan, selain tumpuan berkenaan dengan dugaan yang dilalui sebagai isteri, nama pelakon ini juga ada terpalit dengan kontroversi hutang sebanyak RM15,000 daripada Abiejam, abang kepada pempengaruh Siti Jamumall.
Abiejam dakwa pelakon itu mengelak daripada membayar hutangnya dan ia berlarutan sehingga 6 tahun. Bagaimanapun, Azar menegaskan dia tidak akan mengelak daripada membayar hutang, malah berazam untuk langsaikan hutang.
Artikel berkaitan: “Hutang tetap hutang”- Abang Siti Jamumall Tuntut Azar Azmi Bayar RM15,000
Artikel berkaitan: Azar Azmi Tepis Dakwaan Punca Suami & Bekas Isteri Berpisah, Perjelas Tak Jaga Anak Tiri
“Macam saya cakaplah, hutang tetap kena bayar. Kalau boleh saya memang nak selesaikan semuanya. Saya tak nak berhutang walaupun satu sen.”
“Andai kata kalau mata saya terpejam awal, biarlah semuanya sudah selesai. Jadi sebelum itu, doakan saya dapat bayar segala-galanya.”

Dalam pada itu, Azar berkata kepada Gempak bahawa dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak Abiejam kerana sudah 6 bulan tidak menggunakan peranti digital.
“Tak ada, saya tak dapat menerima apa-apa sebab nombor yang saya pakai memang dah tak ada. Memandangkan enam bulan sebelum itu saya tak ada telefon, dan sebelum-sebelum tu juga memang tak ada sesiapa yang ada nombor saya sebab saya pun tak bagi tahu nombor saya dekat sesiapa.”
“Lepas tu saya punya akaun TikTok ke, akaun Instagram ke, memang semua tak ada log in dan saya memang tak berhubung dengan sesiapa. Jadi saya dengan dunia saya, saya tak tahu apa-apa langsung yang berlaku dekat luar. Andai kata ada salah silap saya, saya minta maaf.”

Sebelum ini, Abiejam ada menuntut hutang yang dibuat oleh Azar Azmi sebanyak RM 15,000, hutang itu masih belum dilunaskan sejak 6 tahun lalu.
Abiejam mendakwa bahawa wang tersebut diberikan kerana mahu membantu pelakon itu memulakan perniagaan termasuklah barangan -barang yang digunakan untuk platform di media sosial.
Sumber : Gempak
