in

[VIDEO] ‘Join’ Ubi Superstar Live, Netizen Suruh Shuib Buang Nama Sepahtu?

Ft Shuib Join Ubi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi pelawak, Shuib Sepahtu yang mengumumkan dirinya terlibat dalam program baru terbitan Astro Warna iaitu Ubi Superstar Live yang dijangka akan mula bersiaran pada 23 Februari ini


Walaubagaimanapun, hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sehinggakan ada yang mempersoal status kumpulan lawak terkenal, Sepahtu itu. Apa jadi ni?

Netizen tanya apa jadi pada Sepahtu?

Menerusi posting yang dibuat oleh Shuib, dapat dilihat netizen memberikan kritikan terhadap tindakan Shuib yang tiba-tiba menyertai kumpulan Ubi untuk program tersebut.

Peminat Sepahtu turut meluahkan rasa kecewa sekali gus mempersoalkan status kumpulan Sepahtu setelah melihat Shuib mempromosikan clique terbarunya itu.

Jep pernah bagitahu masa ‘live’ dekat TikTok?

1012771

Terdahulu, ahli kumpulan Sepahtu, Jep telah membuat live melalui aplikasi TikTok sambil menjawab beberapa soalan mengenai penglibatan Shuib dalam Sepahtu.

Difahamkan, Jep sudah pun memujuk dan berbincang berkenaan hal ini namun dia faham dengan komitmen ahli kumpulan lain dan tidak memaksa kerana mereka sudah mempunyai haluan masing-masing.

Bagaimanapun, menurut laporan Gempak, Shuib memberitahu dia terbuka untuk menyertai program Sepahtu kerana dia merasakan program tersebut adalah antara program paling seronok baginya dan Ubi Superstar Live ini hanya angin baru dan tiada salahnya jika dia cuba.

“Dah boleh buang nama Sepahtu dekat IG tu” – Netizen

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Shuib sehinggakan ada juga warganet yang meminta Shuib untuk tidak lagi menggunakan nama ‘Shuibsepahtu’ lagi sebagai nama akaun Instagramnya.

Screenshot 2023 02 17 113900

Hmm ni sebenarnya apa cerita ni? Korang rasa Ubi ni nanti kelakar macam Sepahtu tak?

Baca : “I nak jumpa you semula” – Shuib Sebak Bagi Ucapan Birthday Arwah Siti Sarah

Ft Shuib Sebak 561X295 1

Sumber: Portal
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.