in

[VIDEO] Jem Teruk Kat Highway, Pemuda Tak Tahan ‘Membuang’ Terpaksa Tumpang Tandas Polis Jaga Roadblock

Ft Berak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.



Pasti ramai yang bersetuju kalau buang air besar adalah satu perkara yang baik. Tapi ada ketika di mana kita terpaksa menahan diri daripada membuang air besar. Saat-saat ia datang kadang-kadang betul-betul pada masa yang tidak sesuai seperti ketika bermesyuarat atau dalam jem. Nak-nak masa jem dekat highway.

Menurut Alison Chen, pengarang buku ‘What Your Poo Says About You’, kita boleh menahan daripada membuang air besar tetapi tidak boleh dilakukan selalu kerana ia akan menyebabkan masalah sembelit.

“Lari jangan tak lari!”

Sama dengan cerita kalini. Dalam perkongsian @giizzzzzziitermiizzzii, dia telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya, di mana seorang rakannya berlari menuju ke khemah roadblock polis untuk tumpang tandas. Betul tak tahan dah tu.

@giizzzzzziitermiizzzii

JEMM KT FADERAL JARANG TAK OP 😓 KALAU TAK PANCIT MEMBER 🤣#fypシ #fypdongggggggg #fypmalaysia

♬ suara asli – [email protected][email protected]

Semalam, dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja, @giizzzzzziitermiizzzii bersama rakannya telah melalui Federal Highway Kerinchi. Keadaan di highway tersebut jem teruk sehinggakan kereta yang melalui jalan itu tidak bergerak.

“Nasib baik polis tu sporting

Rakannya yang yang tak tahan untuk ‘membuang’ terpaksa mencari tandas yang berhampiran. Malangnya hanya ada satu tandas je yang ada iaitu dekat khemah polis yang berada di jalan yang tertentangan. Dia terpaksa berlari ke seberang untuk tumpang tandas tersebut. Benda kalau dah tak tahan semua boleh jadi.

Video pendek itu telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok. Kebanyakan netizen yang menonton video tersebut pernah alami situasi seperti itu dan berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Komen Tandas 1

Ada juga netizen menganggap abang polis yang jaga sekatan jalan raya itu baik dan berhati perut kerana izinkan brother tu buang air besar dekat tandas polis.

Semoga abang polis tu sentiasa selamat dan dilindungi selalu. Terima kasih abang polis!

Baca: JPJ Tawar Pengurangan Saman 70 Bermula Hari Ini

Jpj E1629277106971

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.