in

[VIDEO] Ibu Sebak Anak Hargai Pemungut Sampah, Siap ‘Selfie’ Bila Jumpa

Selfie Dengan Pengutip Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas sebagai pekerja kebersihan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ada sesetengah orang anggap kerja ini sebagai jijik dan menggelikan. Mereka ini sanggup berhadapan dengan kekotoran dan juga bau busuk. Kalau bukan sebab mereka, tak bersihlah kawasan perumahan kita!


Anak teruja dengar bunyi lori sampah

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di TikTok, seorang ibu yang lebih dikenali sebagai Eyja Rahim telah berkongsi tentang minat anaknya terhadap pekerja pembersihan. Kata wanita itu, anak-anaknya selalu rasa teruja bila terdengar bunyi lori sampah di kawasan kediaman mereka.

@eyjarahim

Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨

♬ original sound – Rachel Grae

Rupanya hajat nak ‘selfie’ dah lama

Abang

Bukan itu sahaja, putera tunggalnya sanggup turun dari kereta semata-mata untuk selfie bersama pemungut sampah sambil ditemani adik perempuan dan bapanya. Rupa-rupanya hajat untuk bergambar dah disimpan sejak sekian lama cuma sebelum ini anaknya takut permintaan tersebut akan ditolak. Alahai, terharunya tengok!

Besar nanti nak kerja kutip sampah macam abang ni

Selain itu, Eyja juga mendedahkan bahawa anaknya amat menghargai insan yang menjaga kebersihan sehinggakan ada impian untuk mempunyai pekerjaan sama ketika besar nanti. Wanita tersebut turut berterima kasih atas kesudian pekerja berkenaan dalam tunaikan hasrat anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan sifat si cilik yang bijak menghargai pekerja kebersihan tersebut. Selain itu, mereka turut memuji didikan ibu bapa yang diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil.

Komen Lori

Pekerjaan mulia macam ni patut dihormati dan dipandang tinggi oleh setiap orang! Terima kasih untuk semua pekerja pembersihan!

Baca: “Diberi Ganjaran Makanan Lepas Kutip Sampah, Burung Gagak Dilatih Jadi Pengutip Puntung Rokok di Sweden”

Hargai Kerja Kutip Sampah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.