in

Diberi Ganjaran Makanan Lepas Kutip Sampah, Burung Gagak Dilatih Jadi Pengutip Puntung Rokok di Sweden

F2 Gagak Kutip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang lalu mana-mana lorong di Malaysia dan jumpa banyak burung gagak yang tengah selongkar tong sampah untuk cari makanan? Tipulah kalau tak pernah jumpa kan.


Namun, di Sweden pula, burung gagak ini telah dilatih untuk kutip sampah dan puntung rokok, lapor Mail Online. Projek melatih burung gagak menjadi pengutip sampah di Sodertalje, Sweden telah dijalankan oleh The Keep Sweden Tidy Foundation.

Gagak Kutip 3

Difahamkan, burung-burung terbabit dilatih untuk kutip sampah berkaitan di sekitar bandar itu dan ia akan diberikan ganjaran makanan jika membuang sampah yang dikutip dalam mesin khas.

Mesin itu kemudiannya akan mengeluarkan makanan burung setelah mengenal pasti bahawa objek yang dibawa oleh burung itu merupakan puntung rokok atau sampah berkaitan. Katanya, mesin tu direka khas dengan kebolehan untuk kenal pasti setiap sampah. So, kalau burung tu bawa batu, makanan tak akan dikeluarkan. 

Projek pilot itu dibuat dengan tujuan untuk mengurangkan kos yang ditanggung untuk membersihkan jalanan di negara itu.

Gagak Kutip 2

Menurut pengasas syarikat itu yang dikenali Christian Günther-Hanssen, penggunaan burung gagak mampu mengurangkan sehingga 75 peratus daripada 20 juta Sweden Krona (kira-kira RM9 juta) iaitu jumlah kos yang ditanggung kini untuk pembersihan sekitar bandar.

Difahamkan, burung-burung itu datang secara sukarela tanpa paksaan dan spesies ini juga dikatakan lebih mudah untuk diajar berbanding burung lain.

Namun, untuk pengetahuan semua, projek seumpama ini bukanlah kali pertama di dunia sebab pada sekitar tahun 2018, Perancis juga pernah melatih beberapa ekor burung gagak untuk mengutip sampah di sebuah taman tema negara itu.

Kalau burung pun pandai buang sampah dalam tong sampah, dah takde alasan la korang pun tak boleh buang sampah kat tempat yang sepatutnya kan. 

Sumber: Mail Online 

Baca: “Org lokal pun x buat gini”- Netizen Puji Tindakan Mat Saleh Bawa Anak Kutip Sampah 

Gagak Kutip 1

Sumber: Mail Online
Sumber: Mail Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.