in

[VIDEO] Ibu Mengamuk Lepas Anak Mengadu Cikgu ‘Hempuk’ Muka Dengan Buku

Video Ibu Mengamuk Lepas Anak Mengadu Cikgu Hempuk Muka Dengan Bukubarrier 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas seorang guru amat besar kerana mereka memainkan peranan dalam membentuk pelajar yang akan menjadi pelapis dalam generasi akan datang.


Pun begitu, kecoh di media sosial hari ini apabila seorang ibu bertindak memarahi seorang guru yang difahamkan telah memukul muka anaknya dengan buku hanya kerana pelajar tersebut tidak membawa alat muzik rekoder ke sekolah.

Ia bermula apabila ibu seorang pelajar sekolah rendah merekod video anaknya mengadu dia dipukul oleh seorang guru dengan buku di bahagian muka yang menyebabkan pelajar tersebut menjadi pening.

Insbf

Klik sini untuk video penuh.

Video yang berdurasi hampir lima minit itu telah tular di platform Facebook dan TikTok, dalam video tersebut kelihatan guru itu meminta maaf atas kesalahannya tetapi ibu tersebut seakan tidak dapat menerima permohonan maaf itu.

Guru tersebut bagaimanapun memberitahu tindakannya itu disebabkan oleh cara jawapan pelajar tersebut yang menurutnya agak tidak sopan.

Mulanya, guru itu bertanya apa yang dijawab oleh pelajar tersebut dan pelajar itu berkata dia tidak sempat untuk membeli rekoder.

“Awak cakap tak sempat atau awak takde masa nak beli?” kata guru itu. 

Runtuhkan Barrier 1

Klik di sini untuk tonton video.

Dalam video itu, kedengaran ibu kepada pelajar tersebut menegaskan dia tidak kisah jika anaknya dirotan atau didenda jika anaknya itu bersalah tetapi dia merasakan tindakan guru itu memukul di bahagian muka adalah sesuatu yang melampau.

“Pukul lah kaki ke tangan ke aku tak hairan tapi ini muka kau pegang, banyak kurang ajar” kata ibu tersebut. 

Ibu tersebut juga mempertikaikan perbuatan guru tersebut dengan bertanya kepada pengetua yang berada di situ adakah ia tindakan yang dibolehkan oleh pihak sekolah namun pengetua tersebut hanya meminta maaf.

Apa pendapat korang pula?

Baca: Guru Potong Rambut Pelajar Sekolah Jadi Botak Tengah Cetus Kecaman Ramai

F3 Grt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.