in

Guru Potong Rambut Pelajar Sekolah Jadi Botak Tengah Cetus Kecaman Ramai

F3 Grt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekolah dulu-dulu, mesti nervous sikit kalau lepas habis perhimpunan sebab cikgu selalunya akan buat spot check pada waktu tu. Dorang bukan setakat check sama ada kita bawa handphone ke sekolah, rambut dan uniform sekolah pun kena jugak.

Kalau ada pelajar lelaki yang rambutnya panjang dan tak ikut standard yang ditetapkan oleh pihak sekolah, memang akan kena potong oleh cikgu la kan.


Namun, seorang guru di Thailand ini pula telah dikecam gara-gara memotong rambut 10 orang pelajar lelaki sehingga botak di bahagian tengah.

Grt 2

Menurut Thaiger News, guru wanita di sebuah sekolah menengah itu telah memotong rambut pelajar berkenaan baru-baru ini namun tindakannya memotong rambut telah sempat dirakam oleh pelajar lain secara sembunyi-sembunyi.

Video berkenaan kemudiannya tular di media sosial dan cikgu terbabit telah dikecam kerana ada netizen yang berpendapat tindakannya itu tidak patut dan telah melanggar hak remaja.

Guru itu bertindak memotong rambut pelajar lelaki kerana ramai pelajar yang kembali ke sekolah dengan fesyen rambut panjang setelah dua tahun belajar dari rumah akibat COVID-19.

Grt 5

Difahamkan, stail rambut panjang sememangnya salah di sisi peraturan sekolah namun Pesuruhjaya Pendidikan wilayah di sana mengatakan cikgu itu tidak sepatutnya menghukum pelajar dengan memotong rambut hingga botak tengah.

Namun, selepas kejadian itu, cikgu tersebut juga dikatakan telah meminta maaf kepada pelajar-pelajar yang terlibat dan dia turut diberi amaran agar tidak mengulanginya lagi kepada pelajar lain.

Apa pulak pendapat korang? Patut ke hukum pelajar sampai jadi botak tengah ni? 

Sumber: Thaiger News

Baca: “Bukan macam ni caranya”- [VIDEO] Viral Cikgu Bakar ‘Handphone’ Pelajar Sekolah Jadi Perbalahan Netizen 

Grt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.