in

[VIDEO] Gelagat PM New Zealand Ditegur Anak Panggil Masuk Tidur Ketika FB Live Isu COVID 19 Undang Tawa Netizen

Anak Jacinda Ardern Panggil Masuk Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi tak dengan satu video viral lucu mengenai seorang pakar sains politik, Professor Robert E. Kelly yang ditemubual live di BBC News telah di ‘enter frame’ oleh dua orang anaknya dan isteri yang tiba-tiba masuk ke bilik?

Bbc Dad

Perkara yang hampir serupa pula berlaku pada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam satu sesi live di Facebook peribadinya semalam.


 

“Bedtime fail” – Jacinda 

Menerusi tweet yang dikongsikan Reuters, Jacinda dilihat sedang memberi maklumat lanjut mengenai sekatan terbaru COVID 19 di negara tersebut sebelum dia tiba-tiba ditegur oleh anak perempuannya bernama Neve, 3 tahun.

Neve menegur ibunya dengan memanggil ‘mummy’ sebelum meminta PM New Zealand itu berhenti dari melakukan Facebook live dan masuk tidur bersamanya.

“Awak sepatutnya tidur sekarang, sayang,” kata Jacinda.

“Tak nak,” jawab Neve.

“Sekarang waktu tidur, naik ke katil. Nanti ibu akan datang dan tengok awak dalam beberapa saat. Nanti ibu datang tengok dalam beberapa minit. Okay – maaf semua,” kata Jacinda dalam sesi live tersebut sambil ditonton netizen.

Dia sempat menambah mengatakan situasi itu adalah kegagalan dia dalam menidurkan anaknya dan tak sangka anaknya terjaga selepas beberapa kali disuruh tidur.

Nampaknya ia ‘bedtime fail’ kan? Saya ingat sekarang ialah masa terbaik untuk buat Facebook live, ia rasa selamat dan baik.

“Ada sesiapa tak anak dia melarikan diri lepas 3, 4 kali selepas waktu tidur? Nasib baik mak saya ada di sini jadi boleh membantu,” katanya.

Vyolkvrq2Wedawkstuydekwgp4
Jacinda dan anaknya, neve

Pun begitu, Jacinda nampaknya tak boleh menolak panggilan anaknya kali kedua apabila Neve mahukan dia untuk masuk tidur bersama.

“Kenapa lama sangat?” anak Jacinda kembali bertanya.

“Maaf sayang, ia memang ambil masa yang agak lama. Okay, saya minta maaf semua. Saya terpaksa pergi dan tidurkan Neve. Sebab sekarang pun dah lepas waktu tidur dia. Terima kasih kerana join,” katanya sebelum mengakhiri FB live.

Bagi yang tak tahu, Jacinda sebenarnya perdana menteri yang kedua dunia selepas PM Pakistan, Benazir Bhutto yang melahirkan anak ketika memegang jawatan sebagai pemimpin.

Jacinda juga pernah membawa Neve ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di New York tidak lama dulu.

Baca: Kemenangan Jacinda Ardern Jadi Bualan, Netizen Bandingkan Dengan Situasi Malaysia

Jacinda

Sumber: The Verge
Sumber: NZ Herald

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.