Selepas dua bulan tidak mencatatkan kes COVID 19, New Zealand semalam mengumumkan perlaksanaan perintah berkurung selama tiga hari di Auckland susulan muncul kluster baru wabak tersebut di negara itu.
Menurut Astro AWANI, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, mereka kini menjalankan perintah berkurung tahap tiga di Auckland dan semua penduduk dikehendaki duduk di rumah kecuali mereka yang perlu keluar untuk beli barang keperluan dan bekerja dalam sektor perkhidmatan perlu.
Kita telah berjaya hapuskan virus itu sebelum ini, dan kita lakukannya sekali lagi.
“Tiga hari akan memberikan kita masa yang cukup untuk memperolehi lebih maklumat, melakukan ujian berskala besar dan mengenal pasti sama ada wujudnya penularan komuniti yang luas,” kata Jacinda dalam sidang media di Wellington.
Kluster baru yang dikesan itu melibatkan tiga sekeluarga yang mana ibu dan anak perempuan disahkan positif pada Sabtu lepas manakala suami wanita itu pula dikesan positif semalam (Ahad).
Difahamkan juga wanita tersebut bekerja di sebuah firma katering untuk syarikat penerbangan antarabangsa.
New Zealand's Prime Minister Jacinda Ardern announced a three-day lockdown in Auckland, the country's biggest city, after three new COVID-19 cases emerged https://t.co/c1dOrDTrCK pic.twitter.com/MfqyY5rMb3
— Reuters (@Reuters) February 14, 2021
Menurut laporan Perth Now, pihak berkuasa New Zealand juga telah mengesahkan kes yang melibatkan kluster baru di Auckland terbabit berasal daripada varian UK yang berbahaya.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa pada masa yang sama menafikan kes jangkitan baru ini ada kaitan dengan sajian dalam penerbangan ekoran jurang lapan hari di antara hari terakhir wanita tersebut di tempat kerja dan ketika dia positif COVID 19.
New Zealand merupakan antara negara yang paling berjaya membendung COVID 19 dan tidak merekodkan kes baru selama lebih dua bulan.
Pun begitu, sejak tiga minggu kebelakangan ini, beberapa kes positif dicatatkan di sebuah hotel yang mana individu terbabit selesai jalani proses kuarantin selepas pulang dari luar negara.
Tangkas betul kerajaan mereka uruskan kes COVID 19. Baru 3 kes dah lockdown.
Baca: Hanya Kerana Muncul Satu Kes COVID 19, Australia Terus Lockdown Satu Perth Selama 5 Hari