in

New Zealand Catat Satu Kes Covid, Perdana Menteri Umum Total Lockdown Seluruh Negara

Ft Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

New Zealand telah mencatatkan tiada sebarang kes Covid-19 yang aktif untuk kali pertamanya sejak 28 Februari lalu adalah satu signifikan penting dalam usaha untuk tangan kes ini, tetapi sikap berwaspada perlu diutamakan bagi menentang penularan wabak COVID-19.


Namun, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah mengumumkan total lockdown di seluruh negara yang akan berkuat kuasa harini. Hal ini kerana negara tersebut telah mencatatkan satu je kes Covid-19 di Auckland.

 

Ardern E1629258617864

 

Arahan perintah berkurung ini dikeluarkan selepas kes jangkitan Covid-19 pertama dalam tempoh enam bulan yang berpunca daripada penularan tempatan dikesan di sebuah pekan, Auckland.

Penguatkuasaan perintah berkurung akan berlaku selama 7 hari. Seluruh New Zealand juga akan menjalani perintah berkurung selama tiga hari bermula harini.

Pesakit yang dijangkiti itu tidak diberitahu nama namun individu tersebut merupakan seorang lelaki yang berusia 58 tahun. Ardern berkata,  kes Covid-19 jangkitan tempatan itu disyaki varian Delta, walaupun keputusan makmal untuk mengesahkannya hanya akan diperoleh esok.

Dalam perutusan di televisyen semalam, Ardern berkata, dia telah melihat apa yang berlaku di tempat lain jika gagal menangani wabak ini dan mereka hanya mempunyai satu peluang saja.

“Kami membuat keputusan ini dengan mengambil kira segala kemungkinan. Malah, kami pernah melihat apa yang boleh berlaku sekiranya gagal menanganinya. Kita hanya mempunyai satu peluang,”

Ardern berkata lagi, New Zealand antara negara terakhir di dunia yang merekodkan varian Delta dalam komuniti, namun beliau mengandaikan varian itu telah ‘sampai’ ke negara itu walaupun keputusan makmal belum dikeluarkan, lapor BBC News.

Keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri New Zealand ini telah mendapat pujian ramai kerana bertindak secara drastik supaya kes Covid-19 di negara tersebut tidak merebak.

Kalau Malaysia bertindak lebih awal mesti dah takda kes Covid macam New Zealand kan.

Baca: “Tarikh-13-8-26-8” – Netizen Bengang Orang Buang Gelang Pink Dekat Tepi Masjid

Gelang Pink E1629257304998

Sumber: BBC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.