in

Kemenangan Jacinda Ardern Jadi Bualan, Netizen Bandingkan Dengan Situasi Malaysia

Untitled Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepimpinannya yang tegas, decisive dan pada masa sama bersifat compassionate terhadap rakyat New Zealand ketika negara itu dikejutkan dengan tragedi tembakan Masjid Christchurch pada Mac tahun lalu — berjaya melonjakkan populariti Jacinda Ardern sebagai antara pemimpin muda wanita yang disegani.


Media-media antarabangsa memuji cara Ardern menangani ancaman serangan pengganas di negara Kiwi itu, khususnya negara-negara Islam yang sudah tentu terkesan dengan khabar duka serangan berdarah di masjid.

Kemudian pandemik melanda seluruh dunia, dan nama Ardern sekali lagi menjadi sebutan.

Bb1A7Ig1

Dek kerana berjaya menguruskan situasi negara dengan cemerlang, Ardern membolot kemenangan besar dalam pilihan raya umum — sesuatu yang belum pernah disaksikan New Zealand sebelum ini.

Kemenangan Ardern turut mendapat perhatian netizen Malaysia. Reaksi yang pelbagai itu tentunya didorong oleh ketidaktentuan politik yang melanda negara ketika ini.

Ardern1

Ardern3

Ardern4

Malah, ada juga yang mahu Malaysia mempelajari sesuatu serta mengambil iktibar daripada kemenangan Ardern.

Ardern6

Tak kurang, ada yang berpandangan pemimpin sehebat Ardern tidak mungkin dapat bertahan lama dalam senario politik Malaysia disebabkan budaya tikam belakang dan stereotype terhadap keupayaan wanita untuk mengemudi kepimpinan negara.

Ardern2

Ardern7

Ardern sebenarnya membuktikan kepada kita semua, bahawa pemimpin tidak perlu terlalu berpolitik. Hanya fikirkan tentang rakyat, dan anda akan mendapat sokongan rakyat.

 

Baca: [VIDEO] Warganet ‘Salute’ Dengan Tindakan PM New Zealand Sanggup Potong 20% Gaji Sendiri Selama 6 Bulan Demi Rakyat

Capture 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.