[VIDEO] Gaduh Dengan Suami Punya Pasal, Wanita Cuba Bunuh Diri Tapi…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kerja polis ni korang ingat senang ke? Susah tau! Macam-macam pengorbanan dorang kena buat. Polis dah ditrain dengan baik dan sanggup membahayakan diri semata-mata nak make sure orang lain selamat.

Pada 4 Mac hari tu, di China, seorang polis hampir hilang nyawa gara-gara nak selamatkan seorang wanita ni yang cuba nak bunuh diri dengan cara nak lompat dari tingkap tingkat atas bangunan.

Menurut Nextshark, wanita tu cuba bunuh diri lepas gaduh dengan suami and dengan beraninya duduk dekat tingkap, nekad nak terjun dari atas tu. Ni mesti gaduh teruk ni.



Sumber: Nextshark

Tapi, wanita tu bernasib baik sebab polis dah pun ada kat tempat kejadian masa dia nak bunuh diri sebab dorang tengah meronda kawasan tu. Dorang kalau boleh nak elak wanita tu dari terjun tapi memandangkan dia terjun jugak, so, salah seorang pegawai polis, Abdusalam Abulati, dengan pantas cuba sambut wanita tu dari bawah.

Sumber: Nextshark

Berani gila dia jadikan diri dia macam kusyen nak make sure wanita tu selamat. Dalam video tu korang boleh nampaklah yang rakan sekerja Abulati tolong wanita tu bangun tapi Abulati still terbaring atas lantai, tengah tahan sakit.

Then, wanita yang cuba bunuh diri tu dilaporkan okay je. Tak ada kecederaan langsung sebab diselamatkan polis tu. Tapi, si hero Abulati tu of course lah cedera sebab hentakan kuat perempuan tu jatuh atas dia.

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Abulati alami kecederaan spinal compression fracture tapi nasib baiklah polis ni kuat sebab segala rawatan semua berjalan dengan lancar dan Abulati akan pulih sepenuhnya tak lama lagi.

Nasib baiklah dia tak cedera teruk. 



Baca: Polis Ternampak Lelaki Mencurigakan, Terkejut Jumpa Mayat Remaja 13 Tahun Dalam Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.