in

Polis Ternampak Lelaki Mencurigakan, Terkejut Jumpa Mayat Remaja 13 tahun Dalam Kereta

Pageh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa anggota polis di negara Malaysia sememangnya amat terlatih dalam mengesan sesuatu yang mungkin tidak dapat dikesan oleh orang lain. Hal ini menjadikan mereka lebih peka dan arif dalam membaca gerak geri seseorang yang sekaligus memudahkan mereka mengesan penjenayah.


Menurut WORLD OF BUZZ, polis peronda telah berjaya menangkap seorang lelaki berbangsa Cina yang cuba menyembunyikan mayat selepas mendapati suspek dalam keadaan mencurigakan.

Kejadian di Miri, Sarawak ini berlaku apabila polis peronda sedang menjalankan tugas pada jam 5.55 petang semalam dan terlihat suspek yang berusia 33 tahun sedang berdiri di luar keretanya.

Wob1
sumber: wob

Suspek itu juga telah membiarkan but kereta Iswara miliknya dibiarkan dalam keadaan terbuka. Melihat kepada keadaan ini, polis tersebut telah menghampirinya yang membuatkan suspek kecut perut dan terus menutup but serta memecut lari dari tempat kejadian.

Tindakan suspek melarikan diri menyebabkan pihak polis mengesyaki bahawa lelaki tersebut sedang membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Wob3
sumber: wob

Oleh itu, adegan kejar mengejar telah berlaku dan pihak polis berjaya menyekat kereta suspek selepas memecut sejauh 5km di Jalan Miri Port. Apabila disiasat, polis terkejut apabila menjumpai mayat remaja perempuan yang masih berpakaian seragam sekolah di dalam but kereta suspek.

Wob2
sumber: wob

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar memberitahu bahawa siasatan awal mendapati mangsa tersebut hanya berusia 13 tahun dan merupakan anak perempuan kepada teman wanitanya. Difahamkan suspek tinggal bersama teman wanitanya yang mempunyai dua orang anak perempuan.

“Siasatan awal mendapati bahawa berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sewaktu ibu dan kakak mangsa tiada di rumah pada jam 11 pagi. Pertengkaran kemudian bertukar menjadi lebih agresif dan suspek bertindak mencekik mangsa sehingga mati.”

Wob4
sumber: wob

Hal ini menyebabkan suspek bercadang untuk membuang mayat di dalam semak samun bagi menyembunyikan jenayah yang telah dilakukannya sebelum dikesan oleh pihak polis. Sementara itu, Datuk Dev Kumar memuji dua anggota polis berkenaan yang peka dengan orang dan keadaan sekeliling sewaktu menjalankan tugas.

Hebatlah polis tu! 

Baca: Lelaki Buang kelengkapan Mencuri Atas Jalan Raya Elak Ditangkap Polis, Tiba-tiba Motor Habis Minyak

1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.