in

[VIDEO] Dituduh Kacau Awek Orang, Pelajar Tingkatan Dua di Klang Kena Belasah!

Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Dituduh Kacau Awek Orang, Pelajar Tingkatan Dua di Klang Kena Belasah!
Loading
/

Dah kenapa dengan remaja zaman sekarang ni? Asal naik angin je nak bantai orang! Hentam sesuka hati plak tu. Entah betul orang tu buat salah ke tidak, dah budak-budak ni jatuh hukuman sendiri.


Jumaat lepas, dah tersebar dua rakaman video papar kelakuan dua orang pelajar dari sekolah dekat Klang tengah belasah sorang pelajar lelaki umur 14 tahun. Amboi baru Tingkatan Dua dah tunjuk gengster eh korang! 

Budak Pukul 3
sumber: facebook
Budak Pukul 4
sumber: facebook

Dalam video tu, budak ni nampak ganas sangat siap tendang lepas tu tumbuk budak lelaki yang malang tu sampai tersepuk atas tanah. Yang budak-budak lain plak dengan takde rasa bersalahnya tengok je budak sorang tu kena pukul. Aih macam manalah korang boleh selambe je tengok orang kena belasah depan mata? 

Menurut Harian Metro, punca budak tu kena pukul sebab dorang tuduh dia pegi kacau awek orang. Oh chinggei punya pasal lah ni! Asalnya budak lelaki tu nak balik rumah lepas habis sekolah, tapi tak pasal-pasal dia kena tahan dengan budak-budak gangster ni dalam jam 12.30 hari macam tu.

Budak-budak tu bawak si mangsa ni pegi ke belakang sekolah dan dorang belasah cukup-cukup budak tu guna kaki dengan tangan sampai lembik! Tapi nasib baiklah ada pelajar lain yang datang tolong. Dorang lepas tu bawak mangsa pegi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dirawat. Fuh nasib baik! Kalau tak, lunyai budak tu dibuatnya. 

Tapi menurut polis, nasib baiklah budak tu tak ada kesan cedera yang serius. Dan polis pun masih lagi siasat tentang kes ni. Dalam pada tu, kat media sosial dah ramai yang kondem tindakan gengster budak-budak ni siap ada yang ajak bergaduh kalau hebat sangat.

K1 2
sumber: facebook
K2 2
sumber: facebook

Kes ni akan disiasat polis mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sebab dengan sengaja datangkan kecederaan dekat mangsa. Semoga yang kaki pukul tu cepat-cepat kena tangkap polis. Haih masuk jail nanti baru tahu insaf! 

Baca: Video Sekumpulan Pelajar Perempuan Buli Rakan di Padang Sekolah Tular 

Buli 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.