[VIDEO] Dikecam Sebab Buat Review Kurang Ajar, Lelaki Tampil Mohon Maaf
![[VIDEO] Dikecam Sebab Buat Review Kurang Ajar, Lelaki Tampil Mohon Maaf](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2022/11/review-rasa-pungkoq-2-768x404.jpg)
Zaman sekarang ni selalu kita tengok influencer ataupun Tiktokers yang buat review di media sosial mereka, tak kira lah review perfume, barangan mahupun makanan.
Tetapi, masa tengah review janganlah sampai kita kaitkan dengan unsur-unsur yang tak elok serta penggunaan bahasa yang tak sepatutnya.
Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video tentang seorang lelaki dan beberapa orang rakannya yang sedang membuat review pencuci mulut yang diusahakan oleh seorang peniaga influencer.
Video tersebut memaparkan mereka masing-masing mencuba makanan tersebut dan memberikan pendapat mereka tentang rasa makanan itu. Namun, salah seorang daripada mereka telah menyamakan makanan tersebut dengan rasa ‘pungkoq’ ataupun bontot.
Tampil mohon maaf secara terbuka
Selepas menerima kecaman dari warganet, lelaki tersebut telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka apabila dikatakan telah menjatuhkan perniagaan seseorang.
Video yang dimuat naik ke akaun Tiktok, @abg_f4iz telah membuat permohonan maaf bersama-sama rakannya dan juga mereka telah cuba untuk menghubungi Kieda (pengurus perniagaan) tersebut atas tindakan dia dan rakan-rakannya.
“Saya dah hantar Whatsapp pada Kieda. Saya cuba telefon, tapi gagal juga. Secara peribadinya, saya melampau dan tersalah review, baru-baru ini. Saya nak minta maaf sangat, sangat,” ujarnya.
Hanya gurauan dengan kawan-kawan..
Wanita berkenaan juga telah tampil untuk menerangkan kejadian sebenar di mana mereka hanya bergurau dan tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan tersebut.

Faiz berkata dia dan rakan-rakan tiada niat untuk menjatuhkan pengusaha perniagaan makanan memandangkan mereka dari bidang yang berlainan.
Bagaimanapun, dia akan mengenakan tindakan undang-undang kepada meraka yang memberi ugutan kepada dia dan rakan-rakan setelah video review tersebut tular.
Tindakan dorang ni memang tak patut tapi dorang dah pun sedar dan minta maaf baguslah..
Baca : Influencer Didakwa ‘Mengemis’ Nak Makan Free, Siap Minta Owner Bayaran & Baucar




