in

Video Celcom Pasal Haiwan Terbiar Ni Boleh Buat Korang Sebak!

Cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak kisahlah walau kawasan perumahan mana pun yang korang tinggal, kami yakin mesti ada tempat yang korang nampak haiwan terbiar berkeliaran di kawasan tersebut. Tapi tahukah korang akan bahaya haiwan terbiar ini membiak tanpa terkawal?


Sebagai contoh, korang tahu tak dalam tempoh 7 tahun, dua pasang kucing boleh membiak kepada 420,000 anak kucing terbiar? Wooo banyak gila kucing tu! 

O

Inilah sebenarnya mesej yang ingin disampaikan Celcom dalam filem pendek terbaru mereka yang telah menyentuh hati ribuan netizen di Malaysia. Kalau korang nak tahu, video ni mendapat 1 juta tontonan dah tau! 

Kalau korang suka kucing, gerenti meleleh air mata tengok video ni. Admin pun cat person tau! 

Video ini berdasarkan kisah benar! “#ICAN Care” menceritakan tentang kisah Jean Liew, seorang wanita muda yang dedikasikan hidupnya untuk selamatkan haiwan terbiar. Ia telah menjadi rutin Jean memberi pertolongan kepada haiwan-haiwan ni.

Namun tak semua yang indah tu kekal lama. Sampai satu masa, haiwan-haiwan yang Jean sayang kena pergi ke rumah baru dan tinggalkan dia jugak satu masa nanti. Nak tahu apa yang berlaku lepas tu, haa korang tengok video ni sampai habis tau sebab ada twist yang di akhir video!

#ICAN Care Short Film by Celcom

Jean Liew has always believed in saving lives of strays. Watch this video to learn more about her journey to give them a better life. It is all made possible by Awesome video experience, everywhere.Visit bit.ly/TNRM-FB to find out how you can help.

Posted by Celcom on Thursday, April 5, 2018

Tapi bukan kami je yang touching dengan filem pendek ini. Netizen lain juga memuji Celcom atas usaha mereka meningkatkan kesedaran terhadap kebajikan haiwan terbiar. Aww ramai yang nangis ek?

Malaysians Are Praising Celcom For This Animal Welfare Video Thats Hitting Everyone In The Feels World Of Buzz
sumber: facebook
Bangga 1
sumber: facebook
Bangga 2
sumber: facebook
Bangga 3
sumber: facebook
Bangga 4
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, tak ramai di antara kita sebenarnya tahu betapa pentingnya memandulkan haiwan ni kerana ia dapat membantu mengawal populasi mereka.

Pengawalan ini dapat memberikan kehidupan yang lebih berkualiti buat haiwan-haiwan yang terbiar ni. Tidak semestinya hanya kerana mereka haiwan, kehidupan mereka tidak penting di mata kita, kan?

Itulah sebabnya Celcom – dengan kolaborasi bersama Trap-Neuter-Release-Manage (TNRM) Malaysia, sebuah organisasi yang membantu memandulkan kucing dan anjing jalanan dalam mencegah kelahiran anak anjing dan kucing yang tak diperlukan ini – memulakan kempen #ICAN.

Tonton “#ICAN” lagi di sini dan lihat cara bagaimana anda boleh bantu kebajikan haiwan terbiar di Malaysia!



Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.