in

[VIDEO] Bangga Boleh Sembur Wap Vape Dari Hidung, Tindakan Ibu Bapa Ini Undang Kecaman

Ft Anak Hisap Vape

Sedangkan orang dewasa pun kalau hisap vape terlalu kerap boleh mendatangkan bahaya, apatah lagi jika ia diberikan kepada kanak-kanak.

Perbuatan tersebut dirakam dalam satu video dan tular menerusi Facebook, difahamkan kejadian itu berlaku di Sabah baru-baru ini.

 

“Di hidung baa..”

Dalam video yang berdurasi 9 saat itu, dilihat seorang lelaki memberikan kanak-kanak itu menghisap vape, dan dilihat kanak-kanak tersebut menyembur asap vape itu dari hidung.

Bagi Anak Hisap Vape

Ia bersertakan satu caption  “keluar dari hidung” dengan emoji yang cool face. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki tesebut.

Screenshot 2022 02 14 161144 1

 

Bahaya Vape kepada kanak-kanak

Berdasarkan laporan Kids Health, kandungan nikotin yang boleh membuatkan ketagihan itu boleh memudaratkan kanak-kanak, antaranya memori, tumpuan, pembelajaran, kawalan diri, perhatian dan mood terjejas.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan dalam paru-paru kanak-kanak dan juga boleh membawa maut! Malah, boleh menyebabkan risiko ketagihan lain ketika membesar nanti.

Harap ibu bapa peka dengan hal ini dan mudah-mudahan pihak berkuasa dapat ambil tindakan dengan segera.

 

Baca : “Suka hati aku lah nak post apa” – Bagi Anak Hisap Vape & Muat Naik di IG, Wanita Teruk Dikecam Netizen

Ah Bodoh Semuanya

Sumber: Facebook