in

“Suka hati aku lah nak post apa” – Bagi Anak Hisap Vape & Muat Naik di IG, Wanita Teruk Dikecam Netizen

Ah Bodoh Semuanya

Mengejutkan! Viral baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan seorang bapa memberi anak kecilnya menghisap vape.

Dapat dilihat menerusi video itu, budak lelaki yang tidak berbaju itu dengan selamba menghisap vape yang dihulurkan oleh bapanya tanpa mengetahui perbuatan tersebut boleh membahayakan kesihatan.

Malah menerusi percakapan si ibu di dalam video itu, anaknya itu sudah tiga kali menghisap vape tersebut tetapi kedua-dua ibu bapa hanya membiarkan perbuatan tersebut dilakukan anak mereka. Aik dah kenapa ni?? 

Bodoh

 

“Kelam kabut masing2 ya” 

Video yang tular di Facebook itu telah diambil dari akaun Instagram yang dipercayai ibu kanak-kanak berkenaan.

Selepas video tersebut tersebar dan ibu terbabit mendapat kecaman hebat netizen, wanita berkenaan bertindak memarahi netizen pula dengan alasan dia punya hak untuk memuat naik content yang disukainya di dalam Instagram tersebut.

Bodoh 2

 

“Jadi mak bapa ni biar la ada ilmu, jgn pandai buat anak ja!” 

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berasa amat marah dan menyalahkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan kerana membiarkan anak mereka menghisap vape pada usia muda.

Malah ada juga yang berharap pihak berwajib mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang membahayakan kesihatan anak ini.

Gila

Malah selain daripada netizen yang meluahkan rasa kebimbangan mereka terhadap kanak-kanak tersebut, dua individu yang berpengaruh di Facebook juga berharap mereka dapat ‘menyelamatkan’ kanak-kanak tersebut daripada terus melakukan perbuatan yang membahayakan kesihatannya.

Dr Rusyainie Ramli dan aktivis sosial, Syed Azmi kedua-duanya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan akan isu ini secepatnya demi kebaikan budak berkenaan.

Azmi

Rusyainie

 

“Korang tak nampak ibu sendiri dia jaga macam mana” 

Selepas menerima kecaman dan teguran netizen, ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah memuat naik permohonan maaf dan mengatakan tindakan bukanlah untuk mendera anak tersebut.

Dia juga mengakui perbuatannya itu salah dan berharap netizen tidak mengecamnya lagi.

4 1

Apa-apapun diharapkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak lagi mengulangi perbuatan ini kerana ia amat membahayakan kesihatan si anak. 

Baca: “Maki, pukul, baling buku dkt kepala” – Ibu Dera Anak Umur 12 Tahun Sebab ‘Tak Cukup Pandai’

Panmdai

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook