in

[VIDEO] Anjing Peliharaan Terlepas, Netizen Nasihat Pakaikan Tali Keselamatan Walaupun Jinak

page anjing latest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata dari korang mesti akan ada haiwan peliharaan kat rumah, betul tak? Tak kisah lah kucing ke, hamster ataupun ikan. Sebab Min pun ada kucing kat rumah…

Pencinta haiwan sememang tidak akan teragak-agak untuk habiskan masa mereka untuk haiwan yang disayangi. Malah ada yang kerap bawa haiwan mereka bersiar-siar untuk hirup angin yang segar. Haa, haiwan pun boleh stress tau kalau duduk rumah lama-lama…


Namun, baru-baru ini viral di TikTok tentang video yang dikongsikan oleh @khairul_miezi. Dalam video tersebut kelihatan seekor anjing terlepas di sebuah taman walaupun berada berdekatan dengan tuannya. Kenapa pula anjing tu lari dari tuan dia??

Sudah semestinya haiwan akan dibiarkan bebas untuk bergerak asalkan mereka berada di bawah pengawasan si pembela. Tetapi, kalau dilihat dalam video TikTok itu, ramai yang terkejut dengan kedatangan secara tiba-tiba oleh haiwan comel itu.

Oleh itu, video tersebut telah meraih pelbagai reaksi dari netizen di bahagian komen. Rata-rata mengatakan yang anjing jinak juga perlu dipakaikan tali keselamatan supaya mereka sentiasa berada di bawah kawalan tuan mereka.

anjing 1 full

Jangan ada yang salah sangka pula, komen-komen yang ditulis meminta supaya yang lain turut berhati-hati. Ada yang memuji tuan kepada anjing tersebut kerana pantas menangkap anjng peliharaannya sebelum terjadi apa-apa perkara yang tak diingini.

anjing 4

“Adik tu okay je.. kita boleh nampak owner tu pun kejar anjing dia.. benda unexpected kan.. mana tahu nak pasang leash tapi anjing tu dah lari dulu” – Netizen

Justeru itu, pemilik haiwan peliharaan terutamanya haiwan yang mudah untuk bertindak di luar kawalan secara tiba-tiba, haruslah memasang tali keselamatan sebagai persediaan supaya mereka tidak terlalu agresif sehingga menakutkan orang awam.

Baguslah korang ni, saling menasihati antara satu sama lain… Macam ni lah yang kita nak, 1 Malaysia kan? Sama-sama jaga keselamatan masing-masing! Lepasni hati-hati okay?

Baca: “Mula makan ayam & itik”- Haiwan Peliharaan Keluarga Ini Rupanya Seekor Rubah, Bukan Anjing!

untitled 3 4

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.