in

Dituduh Dera Haiwan, Wanita ‘Defend’ Tindakan Warnakan Anjing Peliharaan Merah Sebab Nak Elak Dicuri

Dandy The Dog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita menerima kecaman ramai selepas dia membuat keputusan mewarnakan bulu anjing peliharaannya merah dengan harapan ia dapat mengelakkan haiwan terbabit daripada dicuri.


Daily Star melaporkan, Chloe yang berasal dari Los Angeles, California, sering memuat naik kehidupan anjing peliharaannya bernama Dandy di laman sosial TikTok.

3 Js256385382 2 E1644036026824

Bagaimanapun, menerima pelbagai kecaman daripada pengguna TikTok yang lain kerana anjingnya Dandy yang merupakan baka Great Pyreness berbulu merah menyala.

Jelas Chloe, tujuan sebenar dia mewarnakan bulu anjingnya merah kerana berharap ia tidak akan dicuri susulan baka Great Pyreness adalah unik di kawasan tempat tinggalnya. Selain itu, Chloe juga menambah, Dandy nampak sangat comel menggayakan bulu merah.

2 Js256385639 2 E1644036052518

“Dengan bulu merah, Dandy sangat dikenali dan sukar untuk orang jahat menculiknya. Selain itu, ia juga menyebabkan Dandy mudah dilihat jadi risiko dia dilanggar kenderaan kurang,” katanya.

Mengulas kecaman yang diterima orang ramai mengenai tindakannya yang disifatkan sebagai mendera haiwan, Chloe menjelaskan, dia tidak menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya dan memilih untuk menggunakan produk berasaskan tumbuhan yang membuatkan bulu Dandy lembut.

2 Js256385635 2 E1644036078482

Meskipun tiada undang-undang yang tak membenarkan orang ramai mewarnakan bulu haiwan peliharaan mereka, jurucakap Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) mengatakan, tindakan itu boleh menakutkan dan mengelirukan haiwan berkenaan.

Sumber: Daily Star

Baca: “Dah kenapa nak letak foundation kat ular?” – Syarikat Review Kosmetik Dikecam Test Produk Ke Atas Binatang

Untitled Collage 2 1 E1644033161280

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.