in

“Kena join kursus pulak” – [VIDEO] Tengah Syok Piknik Tiba-tiba Kena Dengar Briefing Abang Bomba

Lm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pusat rekreasi dah buka ni, mesti ramai yang pergi berkelah di pantai dan air terjun kan? Mandi-manda, piknik, makan-makan dengan family dan kawan-kawan lepas lama terperap dalam rumah. Bestnya!


Tapi kita kena ingat, malang tu tak berbau. Keselamatan kendiri wajib dijaga. Banyak kan kes lemas ketika di air terjun dan pantai? Bila dah excited sangat main air, keselamatan tu selalu kita lupa!

Disebabkan tu, kita patut salute dengan inisiatif abang-abang bomba di kawasan air terjun Lata Hammer, Bentong yang berjaya dapat banyak komen positif daripada netizen menerusi satu video viral di TikTok. Dengan jumlah tontonan sebanyak 122.2K dalam masa kurang sehari, video ini telah menarik perhatian netizen dengan pujian kepada abang-abang bomba yang dikatakan sangat proaktif dalam usaha membendung kes-kes yang mungkin boleh terjadi ketika berada di kawasan air terjun. Bagus kan diorang?

1

2

3

4

 

Bukan setakat bagi briefing je, diorang siap ajak pengunjung jadi volunteer untuk tunjuk ajar cara selamatkan orang lemas! Kanak-kanak yang tengah syok mandi-manda tu pun kena stop kejap untuk join. Untung dapat ‘kursus’ free..

Dalam pada itu, ada juga netizen yang sempat ‘cuci mata’ kata abang-abang bomba tu handsome! 

“Mancing abang bomba…ah gitulah mak ayah kamu berjumpa”-Netizen

6

7

8

9

Pandai betul anggota bomba ni pilih abang bomba yang ‘helok-helok’ je datang ajar. Tersipu malu akak-akak yang tengah seronok piknik tu. Apapun, min respect betul abang bomba tu semua, sanggup datang air terjun bagi brief untuk orang ramai.

Baca: “Berkelah pandai, kemas tak reti”-‘Kutu Sampah’ Cemari Keindahan Air Terjun Berkelah

Air Ter

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.