in

[VIDEO] Anggota Tentera Di Indonesia Tergamak Halau Ibu Mentua Dari Rumah Lepas Bertengkar

Ft Anggota Tenteran Minta Ampun

Satu video viral memperlihatkan anggota tentera bertengkar dengan ibu mertua yang duduk di kerusi roda sebelum tergamak menghalaunya.

 

Halau ibu mertua lepaa bertikam lidah

Menurut Detik.com, kejadian yang berlaku di negara jiran ini dirakam oleh isteri kepada anggota yang dikenali sebagai Mesman ini, ia terjadi di rumah mereka yang terletak di Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Dalam video tersebut, dilihat Mesman menarik kerusi roda ibu mertuanya untuk menghalaunya. Difahamkan mereka bertengkar akibat masalah keluarga dan video itu viral pada 8 Disember 2021 lepas.

Disoal siasat, ibu maafkan

Berikutan dengan penularan video tersebut, Mesman telah dipanggil oleh pihak atasan tentera di negara tersebut dan terkini Mesman sudah bermaafan dengan ibu mertuanya.

Anggota Tenteran Minta Ampun 2

Ia dikongsikan menerusi satu foto Mesman sedang bersalaman dengan ibu mertuanya dan ibu kandungnya.. Ibu mertuanya dengan hati terbuka telah memaafkan Mesman.

“Maafkan saya mak.”

“Ya, mak dah maafkan, jangan buat lagi ya.”

Suasana menjadi sebak apabila melihat peristiwa itu. Selain itu, ketika Mesman memohon ampun daripada ibu kandungnya, respon yang diberikan amat menyentuh hati.

Anggota Tenteran Minta Ampun 3

“Jangan buat lagi ya, nak, aku yang lahirkan kau, yang membesarkan kau. Sifatmu diubah sifatmu. Kami sayang kamu.” Kata ibunya sambil mengusap kepada Mesmas.

 

Baca : “Boleh kan cakap baik-baik?” [VIDEO] Staf Sekolah Memandu Halau Ibu, Anak Sampai Terketar Suara Tahan Marah

Page Jpj

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram