Bagi anda yang ingin menyahut cabaran mengekalkan gaya hidup cergas, ini peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman berlari di sekitar persekitaran ikonik negara sempena acara Larian Cergas Parlimen 2026.
Acara larian santai ini merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti dengan mengajak ahli keluarga serta rakan-rakan bagi memeriahkan aktiviti sihat di hujung minggu.

Sebelum anda menetapkan kalendar kecergasan masing-masing, ini butiran penting mengenai acara yang perlu anda tahu:
-
Tarikh Acara: 25 Julai 2026 (Sabtu)
-
Masa Pelepasan: 6:30 pagi
-
Jarak Larian: Sejauh 5KM
-
Laluan Larian: Bermula dari Parlimen Malaysia menuju ke Tugu Negara
-
Tarikh Pendaftaran: Sehingga 22 July 2026, 11:59 malam
-
Kit Larian Peserta:
-
Baju T Rasmi Acara
-
Bib Larian
-
Pingat Penamat (selepas berjaya menamatkan larian)
-

Tunggu apa lagi? Slot pendaftaran kini sudah dibuka secara rasmi.
Jom cergaskan diri demi kelangsungan hidup yang lebih sihat. Maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran boleh dibuat secara terus dengan melayari pautan rasmi di https://getbiib.com/events/1689.
Sumber: Parlimen Malaysia
