in

Vaksin Covid-19 Mungkin Boleh Buat Muka Lumpuh Berbulan Tapi Sebenarnya Tak Bahaya?

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, Amerika Syarikat telah pun meluluskan dan sudah pun mula memberikan vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNTech dan Moderna tapi vaksin tersebut telah pun memberikan beberapa kesan sampingan kepada beberapa orang.


USA Today melaporkan, seramai 7 orang yang menerima vaksin ini telah mendapat Bell’s Palsy. Untuk pengetahuan korang, Bell’s Palsy merupakan keadaan yang menyebabkan kelemahan sementara atau lumpuh di otot muka. Tapi korang jangan risau, walaupun ia kedengaran seperti penyakit yang serius, ia sebenarnya sangat biasa berlaku dan tak membahayakan.

Bell’s Palsy boleh berlaku kepada sesiapa saja tak kira usia dan sebab sebenar penyakit ini masih belum diketahui. Pengkaji percaya ia mungkin berlaku akibat dari kesan bengkak dan radang di bahagian saraf yang mengawal otot di satu kawasan muka atau reaksi kepada jangkitan yang menular. Mungkin ini sebabnya ada beberapa orang yang ambil vaksin Covid-19 ni kena Bell’s Palsy.

85

Dr Anthony Geraci, Pengarah Perubatan Neuromuskular di Northwell Health, New York mengatakan yang keadaan ini hanya sementara.

90% atau lebih pesakit yang mengalami Bell’s Palsy, kelemahan di bahagian sebelah muka biasanya akan pulih semula dalam masa tiga bulan dan kebanyakannya pulih dalam masa satu bulan setengah.”

Tambah lagi, kes Bell’s Palsy di Amerika Syarikat adalah sangat common dari yang direkodkan di percubaan vaksin. Oleh itu, tak dapat dipastikan sama ada ia berlaku disebabkan oleh vaksin atau kebetulan.

Tambah Anthony lagi, Bell’s Palysy hanyalah kesan sampingan yang digunakan untuk menakut-nakutkan orang dan ia tak sepatutnya menjadi penghalang bagi sesiapa untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

 

Baca: Rakyat Tak Perlu Risau, Kerajaan Tak Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

Ft Vaksin Final

Sumber: US News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.