in

Rakyat Tak Perlu Risau, Kerajaan Tak Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

Ft Vaksin Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat kini boleh menghembuskan nafas lega setelah kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan semua rakyat bagi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 ini.


Sebaliknya, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim menjelaskan bahawa suntikan vaksin tersebut hanya akan diberikan kepada secara sukarela terutama kepada golongan berisiko dan mudah untuk menghidapi penyakit.

Tambahnya lagi, walaupun vaksin Covid-19 itu diberikan secara percuma sahaja, tetapi kerajaan tidak ‘memaksa’ rakyat untuk mengambilnya untuk menghalang penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Vaksin Suntik 1

 

12.8 juta bekalan vaksin Covid-19

Memetik laporan Harian Metro, negara akan mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 12.8 juta dos untuk menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat.

Bekalan sebanyak satu juta dos vaksin Covid-19 dijangka diterima Mac tahun depan akan dikhaskan kepada petugas barisan hadapan.

Vaksin 2

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup pertandingan Inovasi Beca Terengganu secara dalam talian di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) semalam, 20 Disember 2020.

 

Petugas barisan hadapan diutamakan

Ahmad Amzad berkata, antara petugas barisan hadapan yang akan diberikan pengambilan vaksin Covid-19 ini termasuklah petugas kesihatan iaitu doktor dan jururawat, pegawai dan anggota pasukan keselamatan serta petugas penjara dan imigresen.

Tambahnya, suntikan vaksin Covid-19 tidak akan diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah dan juga ibu mengandung.

Ketika mengulas dakwaan bahawa pengambilan vaksin adalah haram di sisi agama Islam, Ahmad Amzad enggan mengulas lanjut tetapi mengakui bahawa vaksin Covid-19 tidak mengandungi sel-sel haiwan.

Baca: “Jika pun ada bahan asal yang haram..” – Deep! Mufti Perlis Perjelas Kenapa Vaksin Covid-19 Tak Perlu Diragukan Baca Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.