in

“Ustaz pun jem otak” – Ustaz Adnin Geleng Kepala Baca Soalan Netizen Yang Nak Berdoa Untuk Naruto

Soalan Bolehkah Doa Untuk Allah Lindungi Naruto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang follow #tarbiahsentap dari Ustaz Adnin di TikTok, korang pasti familiar dengan video-videonya yang menjawab pelbagai soalan berkaitan agama daripada netizen.


Pun begitu, baru-baru ini, Ustaz Adnin didatangi satu soalan yang agak ‘pelik’ sehingga netizen yang membacanya pun rasa macam tak percaya ada individu yang boleh bertanyakan soalan begitu.

Menerusi satu video TikToknya, Ustaz Adnin dilihat membaca soalan netizen yang berbunyi,

Ustaz boleh ke doa kepada Allah untuk lindungi Naruto?” 

Doa Lindung Naruto

Allah… min yang baca pun tak sure nak gelak ke nak nangis ni. 

 

“Doa tu senjata umat Islam” 

Merasa sedikit bingung selepas membaca soalan tersebut, Ustaz Adnin menjelaskan bahawa sebagai umat Islam kita seharusnya berdoa kepada saudara-saudara kita yang teraniaya di luar negara daripada memilih berdoa kepada satu perkara yang sia-sia.

“Apa bendalah kau ni? Banyak lagi yang kita boleh doa sebenarnya. Doa dekat saudara kita di Palestin, Rohingya, Syria yang sedang bergelut nak makan pun susah, kelaparan dan perang sini sana. 

“Ini apa mintak… Aduh ya Allah. Mungkin banyak sangat tengok anime sampai tak ada life kot. 

“Doa ini senjata umat Islam tau. Banyak benda yang kita boleh minta. Last-last minta ni je… ya Allah…” kata Ustaz Adnin kecewa.

@adninroslan

#ustazadnin #tarbiahsentap

♬ original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

“Otak ustaz pun jem” 

Bukan saja ustaz yang kecewa dan bingung selepas membaca soalan netizen tersebut. Rata-rata netizen juga merasakan hal yang sama dan berharap individu yang bertanyakan soalan tersebut untuk tidak terlalu taksub dengan anime Naruto.

Doakan Naruto

Ramai je admin tengok minat Naruto ni tapi tak adalah sampai nak doakan. Harap jangan terlalu taksub ye adik-adik. 

Baca: [VIDEO] Viral Pengawal Keselamatan Buat Aksi Tangan Jutsu Ala-Ala Naruto Waktu Tunggu Lift Terbuka

Lif Naruto

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.