Dua tiga hari ini, kecoh diperkatakan mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa bakal berlakunya bala atau malapetaka tepat pada tarikh 13 September ini.
Ia juga dikaitkan dengan kepercayaan bahawa pada 13 September ini yang didakwa jatuh pada hari Rabu terakhir bulan Safar merupakan hari akan berlakunya sesuatu yang buruk.
Dakwaan yang berlegar di media sosial ini ternyata membuatkan sesetengah netizen gerun sehingga ada yang mengalami anxiety.
Artikel berkaitan: JHEAIK Siasat Amalan Khurafat Mandi & Wuduk di Telaga Tok Sheikh Gunung Jerai, Kedah
Artikel berkaitan: Viral Wanita Mandikan Kereta Dengan Air Bunga Untuk Keselamatan, Ada Netizen Cakap Perbuatan Syirik?
“Itu adalah kepercayaan khurafat” – Ustaz Adnin
Pun begitu, pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan menerusi TikToknya telah tampil menangkis dakwaan-dakwaan tersebut dengan menyatakan kepercayaan bahawa 13 September iaitu hari ini bakal turunnya bala merupakan kepercayaan khurafat.
Menerusi video tersebut, Ustaz Adnin yang menjawab persoalan netizen berkata, dalam Islam tiada yang dikatakan sebagai hari bala atau hari sial dan sebagainya.
Tiada hari sial, hari bala atau hari malapetaka pada bulan Safar atau di Rabu terakhir bulan Safar. Itu adalah kepercayaan khurafat dan tahyul.
“Bahkan Nabi SAW pernah menegur kepercayaan khurafat itu dalam satu hadis yang sahih, yang mana Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada penyebaran penyakit, tidak ada kesialan dalam bulan Safar bahkan tiada Ghul (syaitan yang boleh menyerupai dalam pelbagai bentuk untuk menyesatkan manusia),” katanya.
Katanya lagi, malangnya kepercayaan khurafat ini masih dipercayai oleh segelintir pihak dan mengamalkan amalan mandi Safar walaupun perkara ini sudah difatwakan haram di Malaysia.
Lebih menyedihkan lagi, perkara seperti ini pula disebarkan oleh mereka yang berpangkat ustaz dan sebagainya.
320 bala akan turun pada Rabu terakhir bulan Safar?
Selain itu, Ustaz Adnin turut membidas dakwaan sesetengah pihak kononnya terdapat wali yang mempunyai kasyaf memberitahu bahawa ada 320 bala bakal turun pada Rabu terakhir pada bulan Safar.
Astaghfirullah. Saya nak tanya korang siapakah nama wali-wali itu? Sebab ramai dok claim wali itulah, inilah. Bila suruh sebut nama, tak ada bukti. Last-last menipu.
“Mimpi tidak boleh dijadikan hujah. Apatah lagi mimpi itu bertentangan dengan hadis nabi. Nak ikut hadis ke nak ikut mimpi?” katanya.
@adninroslan SEBARKAN🙏🙏 Janganlah percaya satu benda yang Nabi SAW dah bagitau bahawa perkara tu khurafat. #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru
Ustaz Adnin juga pada masa yang sama mengingatkan para pendakwah dan ustaz untuk berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara.
Menipu atau menakutkan-nakutkan orang ramai sehingga menyebabkan anxiety adalah satu perkara yang berdosa dan sebaiknya ikutlah sunnah yang telah ditetapkan Nabi SAW.
Selain daripada Ustaz Adnin, terdapat beberapa pendakwah terkenal lain telah menjelaskan mengenai hal ini dan berharap mereka di luar sana tidak percaya akan perkara khurafat tersebut.
Diharapkan korang di luar sana jangan cepat terpedaya dengan hujah-hujah pelik dan bertentangan dengan agama Islam. Sebaiknya rujuklah kepada mereka yang arif dalam bidang agama.
Sumber: TikTok