in

Ustaz Pesan Shuib, Pilih Wanita Yang Berakhlak Baik Untuk Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

Ft Ustaz Haslin Baharim Nasihat Shuib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penceramah bebas Haslin Baharim berpesan kepada Shuib berhubung dengan ibu susuan untuk bayinya. Katanyanya, seandainya berhasrat mencari ibu susuan buat anaknya Ayash Affan, perlulah mencari wanita yang akhlaknya baik.


 

Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik.”

Ia berikutan dengan kebimbangan pelawak, ahli perniagaan dan pelakon itu untuk menguruskan dan menyediakan keperluan makanan untuk Ayash Affan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Kata Haslin lagi, Shuib juga perlu memilih wanita yang bersedia lebih awal untuk menyusukan Ayash Affan sekurang-kurangnya 5 kali kenyang, ia sebagai syarat sah untuk iktiraf wanita itu sebagai ibu susuan bayinya.

“Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga. Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan.”

Pesanan itu dibuat setelah selesai bacaan Yassin dan tahlil buat allahyarham Siti Sarah malam kelmarin, lapor Malaysiakini

Ustaz Haslin Baharim Nasihat Shuib.

Siti Sarah melahirkan bayi pramatang selepas menjalani pembedahan selama hampir 3 jam bermula 2 petang pada 6 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Shuib juga harus menitikberatkan soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan wanita yang bakal menjadi ibu susuan bayinya itu nanti.

Shuib Seru Ambil Vaksin 1

Pencarian ibu susuan ini berikutan dengan saranan doktor bagi membantu tumbesaran bayinya itu. Susulan itu, pemilik nama penuh Shahmira Muhamad, itu mengakui ramai wanita sudah menyatakan kesanggupan mereka untuk menjadi ibu susuan Ayash Affan buat ketika ini. Salah seorangnya adalah pelakon Syatilla Melvin.

“Bercakap fasal persediaan untuk menguruskan Ayash Affan pun saya dah termenung berfikir. Sekarang dia diberi susu formula.”

“Namun doktor beritahu sekiranya ada susu ibu boleh dibawa ke hospital. Tapi saya pula fikir, siapa nak bagi? Bagi saya tu memang soalan cepumas.”

“Ramai orang tawarkan diri termasuk Syatilla pun ada. Apabila fikir semula, kena juga tahu orang tu minum apa jika dia jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dulu.”

Bagaimanapun, menurut perkongsian Syatilla di Instagram, susu badan itu adalah daripada kawannya yang baru sahaja selesai berpantang.

 

Baca : “Marah mmg marah, tapi…” – Youtuber Jadikan Kematian Sarah Sebagai ‘Content’ & Buat Giveaway, Ini Respon Shuib

Ft Aisar Buat Content Kematian Sarah Shuib Respon

Sumber: Perak Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.