in

“Marah mmg marah, tapi…” – Youtuber Jadikan Kematian Sarah Sebagai ‘Content’ & Buat Giveaway, Ini Respon Shuib

Ft Aisar Buat Content Kematian Sarah Shuib Respon

Sejak pemergiannya pada hari Isnin, kisah tentang Siti Sarah Raisuddin tidak henti-henti dibualkan terutamanya video-video lama arwah serta kebaikan dilakukan ketika hayatnya. Namun, ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan kematian Siti Sarah dengan membuat ‘content’ demi meraih tontonan tinggi.

Seorang Youtuber dikenali sebagai Aisar Khaledd teruk dikecam netizen selepas membuat video menziarahi tanah perkuburan jenazah Siti Sarah dikebumikan. Bukan itu saja, dia juga turut membuat giveaway kepada pengikutnya untuk menyunting rakaman video tersebut!

 

“Marah memang marah, tapi…”

Selepas menerima banyak kritikan dan kecaman, video tersebut telah pun diturunkan oleh Aisar di Youtube channel namun semuanya sudah menjadi tular di media sosial serta hangat diperkatakan.

Shuib yang menyedari akan tindakan Aisar, menjadikan kematian isterinya sebagai ‘modal’ membuat content di Youtube membuka mulut dan memberi respon terhadap isu terbabit. Menurut Harian Metro, Shuib berkata setiap individu perlu wujudkan rasa sensitiviti dalam hati masing-masing terutamanya membabitkan kematian.

Aisar Buat Content Pergi Kubur Sarah

Aisar Buat Video Pasal Sarah

Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi sebab kita kena tahu, kalau selepas ini Allah nak uji, kita tak tahu sebesar mana ujian itu.”

Marah memang marah, tapi itu sajalah saya boleh cakap.”

 

“Saya minta maaf…”

Sementara itu, Aisar menerusi Instagram peribadinya telah membuat permohonan maaf atas kesilapannya dan tindakannya menggunakan kematian orang lain sebagai content.

Saya minta maaf sangat-sangat atas tidak berfikiran jauh sebelum upload video tersebut. Minta maaf ya semua.”

Aisar Mohon Maaf Di Ig

Ini bukanlah kali pertama Youtuber ini menerima kecaman daripada netizen sebegini. Aisar pernah tular sebelum ini beberapa kali kerana kontroversi content yang dibuatnya di Youtube.

Baca: “Membazir gila” – Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’, YouTuber Ini Dikecam Netizen

Feature 4