in

“Ustaz berdosa sangat kat kau ceramah sana sini, makan sedap tapi kau..” – Kisah Ebit Lew Dengan Gelandangan Buat Ramai Tersentuh

Featured 24

Siapa tak kenal dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Setiap apa yang disampaikan ataupun dilakukan pasti akan menjadi perhatian rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan wargamaya. Paling memberi kesan sewaktu dia mendekati golongan Mak Nyah pada September 2018.

Terbaru dalam entri di instagramnya ramai yang tersentuh melihat pendekatan yang diambil ustaz Ebit ketika mendekati seorang remaja lelaki yang tidur di bawah jambatan beralaskan simen berdebu selama 2 bulan.

 

Dia bangun tidur terus salam cium tangan saya dengan senyuman

Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu. Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia pengsan atau tidur mati ni..jika kejut akan marah nanti..

4 5

2 6

Sekali dia langsung tak marah tapi bangun tidur terus salam cium tangan saya dengan senyuman. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz. Saya tanya berapa lama tidur kat sini. Dah 2 bulan. Dulu masa 2 tahun ikut ayah merantau kl ni. Sekarang duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah.
.
Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun umurnya. Selalu jumpa anak muda dari kecil tiada siapa sangat dalam hidupnya. Tiada mak ayah. Tiada adik beradik. Takde sesiapa. Mula hidup di jalan dan lorong-lorong.

 

Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini, pasti ada masalah besar dalam hidupnya

Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini. Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah…

5 5

Takper ustaz. Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa.
Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ.
.
Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya beri sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya. Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..

6 4

Rata-rata netizen memuji pendekatan lembut yang digunakan Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai. Malah mereka cukup tersentuh melihat kesanggupan ustaz Ebit pergi ke kawasan berkenaan sedangkan ramai menganggap lokasi tersebut sebagai ‘bahaya’.

Semoga kita menjadi insan yang berhati mulia bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Baca : Saya Tidak Mahu Mereka Tahu Kesusahan Saya Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Kini Jadi Gelandangan

Gggghhh