in

Update Terbaru PUBG Mobile Ada Unsur Syirik?

Pubg 1 E1636162493657

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Aid Fawzal, permainan mobile PUBG ini dikatakan ada unsur-unsur syirik, ia muncul dalam versi terbaru. Mungkin pemain-pemain game yang tengah hangat ini pasti akan perasan bahagian mana.


Namun begitu, niatnya bukanlah mahu melarang pemain, tetapi dinasihatkan agar lebih berjaga-jaga supaya aqidah tidak terpesong.

 

Ada bawa unsur penyembahan

Katanya  update terbaru Jungle Adventure Mode itu yang ada bawa unsur penyembahan Totems. Dengan cara untuk dapatkan bless kalau nak sesuatu barang dalam permainan tersebut.

Eznzgsrwaaeg0Nz

Katanya lagi cara ini boleh melanggar aqidah kerana ada perkara yang mensekutukan Allah.

“Jika korang dah terbuat sebelum ni tanpa pengetahuan dan kesedaran, beristirfarlah. Dan jangan buat lagi. Allah tu Maha pengampun.”

Ramai ustaz yang tegur dan tak main game tu katanya, jadi dia hanya sekadar nak tambah untuk tegurkan sebagai seseorang yang ada first hadn eperience memandangkan dia juga pemain game tersebut.

Bagaimanapun, Totem ni hanya ada dalam satu map sahaja (Sanhok) & mode classic. Tambahnya, niat dia membuat teguran itu bukanlah nak promote kasi main atau nak halang dari main. Cuma, berjaga2 lah.

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa banyak lagi game yang mempunyai unsur-unsur seakan begini.

Pubg

 

Baca : “Lelaki memang pentingkan game daripada gf ke?” – Bestfriend Dedah Kawan Baik Kena Marah Dengan BF Sebab Tak Reti Main PUBG ?

Game

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.