Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) kini memperkenalkan perkhidmatan e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan yang boleh diakses secara dalam talian melalui portal MyTax.
Melalui inisiatif ini, pembayar cukai boleh membuat rayuan, permohonan serta pertanyaan dengan lebih cepat berbanding kaedah lama yang menggunakan Borang Maklum Balas Pelanggan.

Antara urusan yang boleh dibuat termasuk:
- pelarasan bayaran
- hapus kenaikan
- pengecualian (waiver)
- bayaran balik
- pertanyaan berkaitan cukai pegangan
Artikel berkaitan: RM3.5 Bilion ‘Terlepas’ Dari Cukai, HASiL Dedah Semakan e-Invois
Artikel berkaitan: PMKS Dipacu Ke Arah Digital Melalui Karnival e-Invois HASiL
Selain itu, pengguna juga boleh menyemak status permohonan pada bila-bila masa, sekali gus menjadikan proses lebih telus dan mesra pengguna.
Dari segi akses, individu boleh membuat permohonan sendiri, manakala syarikat boleh menggunakan peranan pengarah atau melantik wakil pengarah melalui portal MyTax.
Langkah ini mencerminkan usaha HASiL dalam memperluaskan perkhidmatan digital, mengurangkan proses manual serta meningkatkan kecekapan penyampaian, selari dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.
Sumber: HASiL
