in

“Untunglah” – Netizen Makan Hati Tengok ‘Wish’ Lelaki Ni Tertunai Bila Bestfriend Hadiahkan Jam Lepas Update Tweet

Jamtangann

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang apa yang kita harapkan tu tak semestinya kita dapat dan kadang-kadang apa yang kita langsung tak harapkan itu lah yang senang nak dapat!


Contohnya macam mamat ni..

 

“Terharu wehh!”

Jamtangan Jamtangan2

Bertuahnya Izham bila hajat tertunai nak memiliki jam tangan baru dengan hanya satu tweet ringkas.

Mula-mula Izham ada update tweet yang dia mahukan jam tangan baru semasa hari ulangtahunnya pada bulan lepas.

Tak tahu lah mungkin niatnya nak main-main atau dia saja-saja minta.

Tak sangka hajat dia tertunai bila ada orang sebenarnya sedang perhatikan dan menyimpan hasrat untuk merealisasikan impian dia tu.

Bila birthday dia dah tiba kelmarin, terus kawan tu hadiahkan jam tangan dikepilkan sekali cetakan tweet yang dia dah pos tu tempoh hari. Alahai, friendship goal.

“Terharu weh serius. Aku tak lupa la sapa yang bagi ni. Thank you sahabat”

 

Untungnyaa – netizen

Jamtangan4 Jamtangan5 Jamtangan6 Jamtangan7 Jamtangn3

Hmm, bagi admin lah kan mungkin dia ni ada buat baik dengan orang, itu sebablah orang ingat. Tambahan pula, kawan baik, mesti akan tolong susah senang kan?

Itu sebablah kita ni kena berbuat baik dengan ikhlas dengan orang lain, mungkin bagi kita tak ada apa-apa tapi bagi orang yang terima pertolongan tu mungkin dia kenangkan dan hutang budi dengan kita. Kita pun tak payahlah berkira. Insyaallah buat baik dibalas baik

 

Baca : Untunglah lawa hmm” – Saja Tweet Minta Orang Belanja Barang Sephora, Sekali Betul-Betul ‘pkckAm’ Belikan!

Sephora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.