“Untunglah lawa hmm…”- Saja Tweet Minta Orang Belanja Barang Sephora, Sekali Betul-Betul ‘pkckAm’ Belikan!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang jenis ‘kaki Twitter’, mesti korang perasan yang sekarang tengah trend boyfriend surprise awek dengan hadiah. Mulanya, si girlfriend akan buat-buat bagi clue dekat Twitter yang dorang nak sesuatu. Then, boyfriend pun baca tweet and belikan, surpriseeee!

Lepas tu, girlfriend akan tangkap gambar and update perasaan happy campur terharu dorang tu. Untunglah dapat boyfriend banyak duit huhu…

Tapi, lain sikit cerita wanita yang viral beberapa hari lepas. Seperti korang tahu, setiap kali hujung tahun mesti kedai-kedai dalam shopping mall akan buat sale kan? Baru-baru ni, Sephora ada buat sale dan gegadis pun masing-masing naik gila nak beli macam-macam. Wanita pun saja-saja tweet macam nak someone belanja barang mekap dekat Sephora tu.

Omg tolong, sesiapa belanja saya Sephora sale.”

Tanpa dia sangka, ada seorang lelaki guna nama ‘pkckAm’ dekat Twitter tu balas tweet dia. Dia pun bagi jela list barang yang dia nakkkk sangat daripada Sephora tu. Dan dia tak sangka, rupanya lelaki tu memang betul-betul nak belanja.

Sumber: Twitter

Rupa-rupanya, memang lelaki tu betul-betul belikan dan menurut tweet dekat thread, ‘pkckAm’ ada contact dia untuk dapatkan alamat dan post barang mekap tu semua.

Sumber: Twitter

Barang-barang yang dia dapat bukan calang-calang punya jenama dan harga tau! Ada jenama Fenty Beauty milik Rihanna tu, ada Tarte, Marc Jacobs dan Becca. Kalau korang bukan jenis kaki mekap, sure korang tak familiar dengan nama brand ni semua!

Sumber: Twitter

Netizen semua pun apa lagi, laju je komen dekat tweet wanita tu. Kebanyakan gadis jealous dan cakap yang semua ni adalah kelebihan yang cuma orang cantik je dapat. Hmm….

“Untungnya lawa….”

Sumber: Twitter

Ada juga yang tag ‘pkckAm’ dan bergurau tanya kalau-kalau dorang pun boleh dapat apa dorang nak. Haha pandai eh korang. Lama-lama pokai dia!

Sumber: Twitter

Apalah korang ni. Takkan dia nak belanja semua orang, pokai lah dia hahahaha. Baik kumpul duit sendiri beli guna hasil titik peluh sendiri. Lagi puas!

Baca: Kekasih Buat Kejutan, Sorok iPhone X Dalam Kek Hari Jadi Hadiahkan Kepada Teman Lelaki

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!