in

Unik! Squid Game Dunia Sebenar Bakal Dianjurkan Di Abu Dhabi? Jangan Risau Tak Ada Siapa Kena Tembak!

Squid Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang teringin nak main Squid Game dalam dunia sebenar?


Sejak disiarkan di Netflix pada September lepas, siri daripada Korea Selatan ini beberapa kali menduduki carta pertama pada laman strim tersebut.

Bagi yang tidak mengenali Squid Game, siri ini mengandungi 9 episod, berkisarkan 456 orang pemain yang dipilih oleh penganjur misteri untuk bermain 6 jenis permainan kanak-kanak di mana mereka yang tersingkir akan ditembak mati, dan pemenang akan membawa pulang sejumlah wang tunai yang bakal merubah hidup mereka.

Kini, permainan yang diadaptasi dari siri ini bakal dianjurkan secara sebenar oleh Pusat Kebudayaan Korea di Abu Dhabi tanpa perlu menembak dan mencederakan orang lain.

Squid

Pengarah Pusat Kebudayaan Korea, Nam Chon-woo menjelaskan bahawa para peserta akan mengenakan pakaian yang sama seperti peserta siri Squid Game, sementara staf akan mengenakan pakaian serba merah dengan topeng muka bulat, segi tiga dan petak.

Merujuk pada kenyataan Nam melalui The Insider, beliau menjelaskan acara tersebut diadakan untuk memperkenalkan budaya dan permainan kanak-kanak yang mereka mainkan kepada masyarakat Emiriah Arab Bersatu.

“Sama seperti K-Pop yang mendapat populariti di seluruh dunia melalui Youtube sekitar 2010, saya rasa Netflix akan menjadi saluran untuk menyebarkan kandungan video Korea secara global seperti drama dan filem.” Ulas Nam.

Difahamkan 4 permainan yang bakal ‘menguji’ para pemain dalam siri Squid Game Abu Dhabi, sebenarnya telah pun dimainkan dalam siri popular tersebut, termasuklah lampu hijau lampu merah, batu lompatan kaca, guli dan ttakji (permainan menebalikkan kertas).

Malah siri ini juga akan memperlihatkan permainan tradisi Korea yang lain, seperti Dalgona. Berbeza dengan Squid Game di Netflix, tiada hadiah wang tunai yang dipertaruhkan.

Menarik, kan? Kalau korang diberi peluang, nak ke korang sertai Squid Game ni?

Baca: Fenomena Squid Game: Kanak-Kanak Tiru Babak Siri Netflix, Ada Kena Pukul Sampai Lebam Sebab Kalah

Capture 1 2

Sumber: The Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.